Sinopsis: Nur Atea Aldabella Zahara atau lebih dikenali sebagai Ara, seorang gadis yang sangat lembut. Hidupnya sederhana sahaja. Dikelilingi oleh keluarga yang sangat penyayang. Kehadiran Tengku Kaif Rezza membuatkan kehidupan Ara semakin lengkap. Tengku Kaif Rezza seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya termasuklah rupa dan pangkat. Memilih Ara sebagai suri hidup dan mereka bahagia bersama. Seperti pasangan lain, mereka juga sangat bahagia dengan kehidupan mereka. Berkahwin dengan orang yang dicintai sangatlah indah. Namun, kebahagiaan mereka direntap sekelip mata dengan kehadiran orang ketiga iaitu cinta pertama Kaif. Paling meruntun hatinya, apabila Kaif tergamak menduakan cinta Ara dengan mengahwini wanita itu sehingga mengabaikan perasaan Ara. Hati isteri mana yang tidak sakit bila dilayan bagai sampah, dibuang dan ditarik bagai tidak bermakna. Namun, seorang Ara tetap sabar dengan layanan yang diberikan suaminya walaupun berkali-kali disakiti kerana cintanya pada si suami sangat kuat. Suatu peristiwa menyebabkan Kaif menyesal dan sedar hakikat yang Ara sangat bermakna dalam hidupnya. Namun, kesakitan yang diberikannya kepada Ara sangat dalam membuatkan Ara semakin jauh daripanya. Namun, dia tekad untuk mendapatkan balik cinta isterinya. Apakah yang akan terjadi? Mampukah Ara mencintai Kaif seperti dulu? Atau berpisah adalah jalan yang terbaik bagi mereka? Ini adalah karya kedua dari author. Sebarang kekurangan yang terdapat dalam cerita ini adalah dari kelemahan author sendiri. Hope enjoy reading this story.