BAB 26

76 4 0
                                    

                

                   Tepat jam 5 pagi, aku bangun dan menyiapkan sarapan di dapur. Setelah siap aku terus membawa makanan tersebut di meja makan. Kemudian, aku mengemas rumah kerana hari ini aku akan mula bekerja di syarikat milik Kaif. Jadi, aku harus pastikan bahawa hari pertama aku berjalan lancar. Aku melihat jam dinding sudah masuk pukul 6: 20 pagi, aku terus bergerak masuk ke bilik untuk membersihkan diri, solat dan mempersiapkan diri.

                 Aku melihat penampilanku di hadapan cermin. Aku hanya bersiap seperti biasa kerana aku tidak suka memakai solekan yang tebal. Aku hanya menempekkan basic skincare sahaja di mukaku serta memakai sedikit foundation sebagai alas. Bibir pula aku calit dengan pelembap bibir. Aku memakai baju kurung bunga halus dan digandingkan dengan tudung bawal berwarna biru muda sedondon dengan bunga dibajuku.

             Setelah berpuas hati, aku terus turun ke tingkat bawah dan ingin menuju ke dapur. Aku lihat Kaif dan Leya sudah selesai makan. Aku melintasi mereka berdua sambil memandang ke arah suamiku walaupun aku tahu dia langsung tidak berminat untuk melihat kembali ke arahku. Belum sempat kaki aku mencecah lantai dapur, kedengaran suara Leya nyaring memanggil namaku.

             Aku kembali menjengah ke tempat yang diduduki oleh Leya tadi. Aku sempat melirik ke arah suamiku. 'Ya Allah, handsomenya suami aku hari ini. I can't stop falling for you everyday' monologku dalam hati. Aku rasa sangat gembira dapat melihat wajahnya dekat-dekat begini kerana kedudukanku sekarang adalah di antara Leya dan suamiku. Aku tersengih sendirian.

           'Hei perempuan! Kau dengar tak apa aku cakap ni?' aku masih memandang ke arah Kaif sebelum terasa mukaku basah. Aku terus mengalihkan pandanganku kearah Leya. Dia memandangku geram. 'Kau ni kan,memang nak kena kan perempuan. Tak payahlah kau nak pandang Kaif lama sangat. Dia pun rasa meluat nak tengok kau, kan daddy' kata Leya diikuti dengan anggukan dari suamiku. Aku buat-buat tidak kisah dan terus mengambil pinggan-pinggan di ats meja untuk dibawa ke dapur.

             Sebelum terlupa, aku pergi ke arahnya kembali. Ada sesuatu yang ingin aku cakapkan dengannya. 'Abang, boleh tak hari ini saya nak pergi ke office dengan abang dan Leya? Saya dah start masuk kerja hari ni,abang'. Kataku sambil berharap agar dia sudi menumpangkan aku.

            'Hei, kau kenapa? Tak boleh pergi sendiri ke. Siap minta tumpang bagai. Kau naiklah bas ke teksi. Berlambak kat luar sana. Betulkan daddy', Leya menyampuk dan terus memeluk lengan suamiku.

            'Ha.. kau dengar kan apa yang buah hati aku cakap. So, my answer is a big 'No'. Bukannya kau tak tahu pejabat aku kat mana. Kau ada otak kan, jadi pakai elok-elok. Lagi satu, kau tak nampak ke buah hati aku ni. Dahlah, buang masa je cakap dengan kau. Dah banyak masa aku terbuang. Jom mummy gerak ke pejabat', Kaif terus menarik tangan Leya meninggalkan aku sendirian.

           Aku hanya memandang langkah mereka dan mengeluh lemah. Aku berpaling ke belakang untuk meneruskan kerjaku yang tergendala tadi. Aku kemudian memaniskan wajah, tak elok bersedih. Siap semuanya aku bergegas ke stesen bas dan menaikibas ke tempat kerja. Walaupun agak jauh dari rumahku, takpelah asalkan sampai kat tempat kerja.


Hai guys. Seperti yang dijanjikan, new update. Sis nak ucapkan so many thanks kepada readers yang sudi singgah and baca citer sis yang entah apa-apa ni. Anyways, hope enjoy reading guys. Peace!

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang