BAB 9

51 3 0
                                    

        Aku dan Kaif masuk ke dalam vila miliknya. Sungguh aku katakan, dekorasinya sangat cantik. Aku kagum seketika dengan reka bentuk vila ini. Dalam sibuk memerhati, Kaif berdiri di sebelahku sambil sebelah tangannya menyatukan jari antara kami seterusnya aku di bawa masuk ke bilik kami berdua. Aku sungguh terpegun dengan kecantikan dan kekemasan bilik.

        Tangan Kaif melingkar di pinggangku, dan turut sama memandang ke arah sekeliling bilik kami berdua. ' Macammana, sayang suka tak dengan rumah ni? Ke sayang ada nak ubah apa-apa. As long as sayang happy, tu dah cukup buat abang' Sejurus itu, satu ciuman dilabuhkan di kedua-dua belah pipiku.

      Aku cuba merungkai pelukannya. Namun, makin kuat pula pelukannya padaku. 'Ala.. taknaklah. Abang tak puas lagi peluk sayang. Bagilah abang peluk lama sikit' katanya kedengaran manja di telingaku. Apabila pelukannya berjaya dirungkai, aku terus mencari wajah suamiku dan apa yang menerpa di pandangan mataku membuatkan aku menekup mulut menahan ketawa.

          Mana taknya, mulutnya tak habis memuncung dengan wajah yang segaja dimasamkan makin memperlihatkan suamiku kelihatan semakin comel pula. Aku memegang kedua-dua pipinya sambil cuba menarik perhatiannya dari terus merajuk. 'Aduh! Suami siapa la yang manja dan comel sangat ni. Nak cendol ke?' aku lihat dia hampir tersenyum namun kemudian dimasamkan semula mukanya. 'Ala...ala..encik abang kita ni merajuk la. Meh sini pandang mata sayang ni' tambahku lagi dan dia terus memandangku dengan riak muka yang sama.

          ' Meh sayang nak cakap. Sayang bukan tak kasi abang peluk tau. Cuma sayang nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat abang kerana sanggup buat semua ni untuk sayang tau. Sayang happy sangat bila selalu dekat dengan abang'. Aku terus mencium pipi suamiku dan terus menyandar di dada bidangnya.

     Dia kemudiannya tersenyum gembira dan membaringkan aku di atas katil sebelum dipeluknya erat. 'Abang sayang sangat dengan sayang. Abang janji takkan ada yang boleh gantikan tempat sayang dihati abang. Abang takkan pernah duakan Ara. Ara milik Kaif selamanya'. kata Kaif lagi sebelum mataku terpejam rapat.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang