BAB 41

99 6 0
                                    

 Sudah berulang kali aku mencuba,

Memujuk hati  menerima hakikat,

Namun, aku masih belum mahu mengalah,

Dalam mendapatkan walau hanya secebis rasa kasihmu.


              Aku bertindak memeluk umi sekali lagi sambil membisikkan sesuatu kepadanya. Pertanyaannya ku jawab dan hasilnya,mata terus membulat kerana terkejut sambil tangannya terus ke arah mulut untuk menutupnya. Dia terus membalas pelukanku.

             'Ya Allah! umi gembira untuk Ara. Lepas ni, tak boleh nakal-nakal dah. Ada orang menumpang dalam ni'. Umi menggosok perutku sedikit.

              'Ni dah bagitahu keluarga kamu belum? Suami kamu?', umi menyambung bicaranya. Aku hanya menggeleng.

                 'Kejap lagi Ara nak bagitahu suami Ara. Tadi, Ara tengok dia tak ada lagi. Kereta dia dekat garaj pun tak ada lagi, umi. Family Ara semua dah tahu. Tapi umi, agak-agak Kaif gembira tak dengar berita ni? Dan satu lagi, agak-agak Kaif terima tak anak yang bakal lahir dari rahim Ara ni umi?'.

                  Memang aku agak takut dengan semua ini. Dalam aku gembira, terbit juga rasa risau bila persoalan ini mengganggu fikiranku.

                   'Ara jangan risau. Umi yakin, Kaif akan terima. Lagipun ini kan anak dia jugak. Dan walaupun dia tolak kehadiran anak ini, jangan risau Ara masih ada umi, family dan kawan-kawan Ara. Kami semua sayang, Ara. Umi dah anggap Ara sebahagian dari keluarga umi dah'.

                      Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan aku terus mengorak langkah. Aku tidak sabar untuk menyampaikan khabar ini kepada Kaif. Dia masuk bersama Leya yang sedang memeluk erat tangannya. Mereka berdua kelihatan sangat gembira.

                    Kaki ku hayun laju untuk mendekati Kaif, namun baru sahaja aku ingin menyentuh lengannya, tanganku direntap kasar. 'Hands off your hand from me. Kau ni perempuan,kalau sehari tak semakkan otak aku memang tak sah'. Dia menolak tubuhku menjauhinya manakala sebelah tangannya mengheret Leya untuk melabuhkan duduk di sofa yang tersedia.

                     Dengusan kasar yang terbit dari ulas bibirnya, memaksaku melihat ke arahnya. Keyakinan aku semakin hilang melihatkan wajahnya. Walaupun aku cuba untuk mentafsir, ianya tidak dapat difahami.

                        'Kau tunggu apa lagi. Apa benda kau nak dari aku sampai gatal sangat nak pegang-pegang aku tadi. Dah lah bengap! Tak faham bahasa'. Suara garaunya menerobos ke cuping telingaku.

                         Umi di sebelahku menyentuh tanganku untuk memberikan semangat. Apabila merasa sedikit lega, aku terus membuka mulut.

                          'Abang! Sebenarnya sayang ada surprise untuk abang. Kita akan dapat ahli keluarga baru'. Aku cuba memberi 'hint' kepada mereka berdua.

                        'Apa maksud kau ha! Cuba cakap betul-betul. Tak payah nak berbelit sangat'. Dia menambah lagi.

                          Dengan wajah teruja, aku meneruskan kata-kata. 'Sayang pregnant, abang. Dah masuk dua minggu. And kita berdua akan ada anak'.

                          Sangkaanku meleset bila melihat wajah Kaif bertukar bengang. Aku ingatkan dia akan teruja mendengar berita ini tetapi sebaliknya pula berlaku.

                         Dia yang awalnya duduk, berdiri di hadapanku sebelum tangannya dibawa ke belakang rambutku sebelum bertindak mencekak rambutku kasar. Kepalaku terdongak akibat perbuatannya.

                       Rintihan aku yang dalam kesakitan masih tidak dihiraukan malah rambutku makin ditarik kasar olehnya. Leya pula hanya menjadi penonton melihat ke arah kami. Umi pula cuba untuk membantu tetapi tidak berjaya. Kudrat Kaif lebih kuat.

                        Umi hanya mampu merayu agar Kaif melepaskan aku. 'Hei! Kau dengar sini perempuan tak guna. Aku nak kau gugurkan kandungan tu. Apa yang berlaku antara kita pada malam itu adalah satu kesilapan besar dalam hidup aku'.

                       'Abang! Abang sedar tak apa abang cakap ni. Ini darah daging kita. Please! Saya mohon jangan suruh saya gugurkan kandungan ini. Saya sayangkan dia', aku terus terduduk dan memeluk lututnya.

                       Dia langsung mencerlung tajam ke arah tanganku yang terletak di situ. Pada ketika itu, Leya terus memujuk Kaif agar marahnya cepat mereda barangkali.

                      'Kau tak dengar ke perempuan. Dia suruh gugurkan tu. Buat je lah. Yang kau payah sangat nak ikut tu dah kenapa'. Leya terus merungkai peganganku di kaki Kaif. Aku masih berdegil.

Kaif P.O.V.

                     Perempuan ni memang sengaja mencabar kesabaran aku. Rimas dengan perlakuannya, aku terus menarik kakiku kasar sehingga terlepas dari pegangannya. Aku memeluk bahu Leya di sebelah dan mencium lembut ubun-ubunnya.

                       'Abang tolong jangan buat sayang macam ni. Ini anak kita berdua abang. Abang tak kesiankan anak kita ke? Please jangan suruh sayang bunuh budak ni'. Dia terus merayu kepadaku.

                       Aku duduk mencangkung di hadapannya dan mencengkam kasar dagunya. Dia hanya membiarkan. 'Kau dengar sini. Kau boleh jaga budak tu. Tapi jangan kau harap, aku akan terima budak tu dan anggap dia anak aku sebab aku tak ingin ada anak dari benih kau. Anak aku hanya dari baby kesayangan aku ni je. Bukan kau'. Aku menghambur kata kasar kepada perempuan itu.

                     Tangisannya tidak aku endahkan. 'Ada hati nak suruh aku jadi bapa kepada budak tu. Kalau kau nak sangat jaga budak tu. Dipersilakan buat semua tu sendiri. Jangan sesekali libatkan aku. Aku tak akan ambil tahu langsung pasal budak tu. Kau pandai-pandailah uruskan semuanya sendiri'.

                    Aku melepaskan cengkamanku dan menunjal kepalanya kasar ke belakang. Sempat aku mendengar Leya berkata sesuatu kepada perempuan itu. 'Kau dengar tak tu perempuan. Jangan harap aku akan biarkan suami aku jadi bapa kepada budak tu'.

                    Muka Leya kelihatan agak marah saat menuturkan kata-kata tersebut. Tak puas hati barangkali dengan tingkah perempuan itu. Akhirnya, aku terus menariknya naik ke bilik kami meninggalkan dua lagi manusia yang tak penting dekat ruang tamu.

Ara P.O.V.

                'Umi, salahkah Ara bila mempertahankan anak Ara. Salahkah Ara bila mengandungkan anak ini umi. Dan salahkah Ara mengharapkan perhatian suami sendiri?'. Aku menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa hati pada umi.

                 'Tak salah nak. Itu anak Ara. Memang patut Ara buat macam tu. Itu hak Ara. Dia suami Ara'. Umi berkata dengan lembut.

                 'Kenapa suami Ara sendiri sanggup buat macam ni dekat Ara, umi. Ini bukan suami yang Ara pernah kenal dulu. Sakit umi! Sakit sangat bila dia suruh Ara gugurkan kandungan ini', aku masih tidak mampu berhenti menangis.

                 Umi hanya memelukku erat sambil memujukku. Dia tidak berkata apa-apa. Mungkin, dia memahami apa yang aku rasa sekarang. Aku terus mengusap perutku dengan kedua-dua tanganku dalam keadaan tubuhku masih dipeluk umi.

              'Maafkan mama, baby. Mama tidak dapat memujuk papa terima kita berdua. Tapi, mama janji, mama akan terus kuat dan jaga baby dengan sebaik-baiknya. Itu janji mama'. Aku menetapkan tekad di dalam hati.  



Hai guys! hope you guys enjoy this chapter. There's nothing much i wanna say. Tqsm for those yg still keep reading my stories even dah makin hambar.  And untuk esok sis x janji dpt update or not for the next chapter. Anyway, mornite and gracias , guys..

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~OG~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang