Tujuan asal pengembaraan Ryan hanyalah ingin meneruskan permintaan terakhir datuknya yang ingin dia mencari keberadaan sebenar Kerajaan Sade. Sebuah kerajaan kuno yang pernah masyhur di muka bumi. Namun begitu, dia ditakdirkan terpilih menjadi seorang pahlawan setelah berjaya memecahkan misteri di sebalik kisah lagenda pohon suci, Sacris Dentronia itu dan dianugerahkan kekuatan yang luar biasa. Siapa sangka, terpilihnya dia menjadi seorang pahlawan ada kaitannya dengan kisah dahulu kala yang berkaitan dengan Kerajaan Sade. Salah satu tujuan pengembaraannya bersama anggota Alpha X iaitu Ayla, Reese dan Mia tetapi kali ini dia harus menjadi harapan untuk menentang musuh setelah 1000 tahun berlalu tanpa peperangan. Start : 28 Januari 2020 End :