(ONGOING) (PREVIOUSLY KNOWN AS CAYS) Mahligai bahagia Khairil Asyraf dan Rysa Aleeya bergolak juga walaupun sudah lima tahun dibina bersama. Hadirnya kembali bekas kekasih hati si suami menyeksa naluri Rysa Aleeya sebagai isteri dan memaksanya untuk rela hidup bermadu. Biar pun ketika itu dia sedang sarat hamil, dia tetap berusaha untuk mempertahankan nasib anak-anaknya. Dua bulan berlalu, percubaan untuk berlaku adil tidak kesampaian. Rysa Aleeya tersepit antara dua pilihan. Mempertahankan atau menamatkan. Hari demi hari, si suami bagai terlupa akan janji yang pernah dilafazkan dahulu. Hatinya meraung dan batinnya menjerit menahan keperitan hidup 'berkongsi'. Melihat sendiri layanan si suami kepada 'madu'nya tidak semudah yang disangka. Apatah lagi setelah si 'madu' bertukar 'agresif'. Kehadiran Ilham juga menambah kekusutan yang kian melanda. Kali ini, Rysa Aleeya sudah bertekad. Dia tidak mahu berpaling lagi, langkah yang kemas dan yakin diatur jauh beribu batu bersama anak-anaknya. Khairil Asyraf bungkam. Di saat dia mulai sedar, si isteri pula makin menjauh. Berjayakah dia untuk meraih kembali cinta si isteri yang kian layu itu? Segala rancangan 'gila' dirancangnya kusut. Keputusan terletak di tangannya dan andai dia tersilap dalam membuat percaturan, dia pasti akan kehilangan anak isterinya. * It is previously known as C.A.Y.S dan sepatutnya dah di published in 2017 tapi ada sedikit issue dengan pihak publisher. I ada cut certain unnecessary scene, but overall, jalan cerita masih sama dengan yang asal. Anws, cerita ni banyak air mata, so get ready with tissue yaa. Thank you for reading! 🙆🏻♀️❤️ 13/8/2021 - ?