Pertemuan mereka tanpa sengaja. Pertemuan yang tidak pernah dia jangkakan. Pertemuan mereka hanya kerana secawan kopi dan perkenalan Isaac Ryzel akan Dato' Hazim ayah kepada Hazel Dylea. "Apa Encik cakap?" - HAZEL DYLEA "Tak ada apa." - ISAAC RYZEL Akibat lama tidak pulang ke kampung, Hazel memutuskan untuk ke sana dengan jangka masa yang tidak ditetapkan. Namun, sanggup pula Isaac ke sana hanya untuk berada dekat bersama Hazel. "Hang mai ni ada keja ka, ka saja-saja nak ngintip anak dara orang?" - HAJAH BARIAH "Nampaknya begitulah." - ISAAC RYZEL Apani! Taknak lah! Isaac buat diri dia makin jatuh ke tebing kecintaan yang dibina Isaac sendiri. Dia bukan makan sangat dengan kata-kata manis yang tak la manis sangat Isaac tu. Tapi bila hati dah setuju, si dia pula tanpa banyak soal terus masuk merisik. Apa lagi kan? Terima sahajalah. Namun, masih bisa diteruskan lagikah cinta mereka apabila si bekas teman lelaki muncul dalam keadaan sihat walafiat? Bagaimana pula dengan Adley? Masih mahukah dia merebut Isaac daripada Hazel setelah mengetahui tentang mereka berdua? Cover by @akaklongss