Taayan Sukumpranasat, seorang gadis bekerjaya sebagai artis tanah air Thailand yang terkenal dan kaya-raya. Tapi sayang, pada suatu hari si gadis mengalami masalah kerugian dan berhasrat untuk membalas dendam terhadap Pengarah Wayu. Namun tidak seperti yang diniatkannya, dia tiba-tiba terperangkap didalam tubuh seseorang yang tidak dia kenali. Malah identiti sebenarnya sebagai Taayan Sukumpranasat juga lesap tidak ditemui dimana-mana lagi. Identitinya baharunya sebagai Rannagene Patcharee atau dikenali sebagai Eugene kini membuatkan dia terlibat dalam sebuah organisasi mafia. "Eugene, kau tak apa-apa? Kebelakangan ni kau nampak pelik. Tak macam diri kau yang sebenar." -Kaew- "Apa masalah kau, Gene?! Kalau kau memang tak mahu beri kerjasama dalam misi ni kau boleh berambus!" -Dao- Satu-satunya hal yang boleh dia lakukan untuk pulang ke kehidupan asalnya adalah meneruskan kehidupan gadis bernama Eugene ini. Meneruskannya sehinggalah dia menemui jawapan. "Saya membesarkan kamu untuk tebus kesalahan saya dan saya tidak akan menyesal memiliki kamu seperti anak saya sendiri." -Gun- Hari-hari yang indah mulai berubah redup. Hidup yang disia-siakan, kenangan yang dihapuskan, dan masa yang tetap berjalan.... "Saya akan tetap berada disisi awak walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Saya mahu awak tahu bahawa awak tidak bersendirian." -Nick- Percayalah bahawa cinta itu menyakitkan. Setiap kata-kata cinta akan membunuh perasaanmu sehingga dititik akhir kamu tidak tahu apa yang harus kamu lakukan demi melindungi cinta yang mulai mekar itu. "Tembak saya! Tak apa. Jangan risau, awak harus teruskan hidup." -Eugene- "Maafkan saya, saya takkan menemani awak lagi. Terima kasih untuk semuanya. Saya sayangkan awak." -Nick- "Kau sudah gila? Lupakan dia! Dia sudah mati!" -Krit- Aku tersilap langkah. Aku tak patut jatuh cinta sedangkan kehidupan ini bukan milikku. Tetapi perasaan sakit itu tetap sama. Perasaan manusia yang terluka.