𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 𝑷𝒓𝒆𝒒𝒖𝒆𝒍 𝑶𝒏𝒆 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝑫𝒊𝒂, 𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐘𝐈𝐒 𝐅𝐓. 𝐊𝐀𝐘𝐙𝐀𝐍𝐈𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐄𝐀 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐂𝐨𝐧𝐪𝐮𝐞𝐫𝐨𝐫 𝐎𝐟 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 Pembuli? Mangsa buli? Apa kau pernah dengar? Tentu saja kau mengetahui apa maksud pembuli dan maksud mangsa buli. Inilah dari kisah Kayzania Sophea yang menjadi mangsa buli di sekolahnya. Kerana kejadian itu, ayahnya, Tuan Khalid membuat keputusan untuk menjaga anaknya di sekolah. Bukan bermaksud Tuan Khalid akan turun padang menjaga Kayzania. Maksud Tuan Khalid ialah dia akan memasang pengawal untuk Kayzania. Tetapi, pengawal yang diambil ini bukan biasa-biasa. Dia begitu muda. Sangat muda. Seumuran Kayzania tetapi tenaganya seperti orang dewasa. Fikirannya benar-benar matang. Punya tubuh yang kuat dan kekar. Bela diri yang cukup memuaskan. Arkan Qayis. Sosok yang beraut dingin dan datar. Mata tenang tapi terkesan tajam. Dia satu-satunya pengawal terkuat, tangguh dan terlatih. Kekuatannya bisa menjatuhkan sesiapa yang menyakiti orang yang menjadi majikannya. Sikap protektif yang akut buat banyak orang mahu mengambilnya jadi pengawal tetapi Tuan Khalid orang yang paling memerlukan si pengawal itu. Arkan harus menjaga Kayzania dan jauhkan para pembuli dari dekati Kayzania. Itu tugasnya untuk menjadi pengawal Kayzania. "Kau dekat, kau mati." "Sentuh saja. Aku tak ragu untuk cabut nyawa sesiapa saja kerana aku sudah terbiasa dengan kerja malaikat maut itu." "Kenapa kau tak melawan?" "Saya tak kuat." "Jadi, biarkan aku saja yang ratakan mereka. Kau diam saja, okey?" Entah. Entah kenapa Kayzania luluh dengan jejaka itu. Luluh dengan pengawal sendiri. ⚠️no plagiat!