Dia lelaki kotor. Lelaki yang pernah hanyut dalam lautan dosa. Karam dengan nafsu yang sentiasa bergelora. Gagal mengemudi perkahwinan pertama membuatkan Umar Ali nekad mengambil keputusan dengan menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita. Malah dirinya yang sentiasa di hantui dengan bayang-bayang dosa masa silam membuatkan dia semakin merasakan dirinya tidak layak untuk berdampingan dengan mana-mana wanita. Farhana Aisyah gadis muda remaja yang sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya. Hidupnya hanya mahukan keseronokan tanpa perlu memikirkan akibat yang bakal dia terima. Siapa sangka tanpa rasa cinta, Umar dan Hana di satukan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Umar menerima Hana sebagai isteri seikhlas hatinya namun tidak bagi Hana. Sikap Hana yang keras kepala sentiasa membuatkan Umar pening kepala menghadapi gadis itu. "Tak payah nak tunjuk caring sangatlah, pak cik. Dasar orang tua kedekut tahi hidung masin!" - Farhana Aisyah. "Auch! Mana Hana tahu tahi hidung abang masin? Hana dah rasa eyh?" - Umar Ali. Melayari bahtera alam rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah. Gara-gara satu salah faham hubungan Umar dan Hana yang sememangnya sudah retak menanti belah semakin diambang kehancuran. "Ceraikan Hana. Hana dah tak nak jadi isteri pak cik," - Farhana Aisyah. Adakah kebahagiaan akan muncul di dalam perkahwinan mereka? Atau perceraian yang akan terus memutuskan segala rasa yang sudah mulai bercambah di dalam hati masing-masing?