Mohd Tashriq Shah, hanyalah seorang pelajar lelaki yang berusia 24 tahun. Namun keperibadiannya yang sangat baik dan menawan telah berjaya menambat hati dua orang wanita. Yasmin Aneesa, tunangnya dan Dewi Juwita yang telah tertawan dengan lelaki itu terlebih dahulu sebelum Tashriq bertemu dengan Yasmin. "What if Yasmin takkan jumpa anyone sebaik Tash kalau kita tidak berjodoh?" - Yasmin Aneesa Hanyalah soalan yang ditanyakan kerana keraguan yang hadir. Namun tanpa dia sedar itu juga telah menjadi permulaan kepada perkara yang tidak diinginkan oleh setiap pasangan kekasih. "Percayalah setiap bait doa yang meniti keluar pasti akan terselit nama seorang Yasmin Aneesa. Tash nak tengok Yasmin bahagia..." - Tashriq Shah Dikala dia yakin dan masih memperjuangkan cintanya, hadir seseorang tanpa diduga caranya. "I've loved you way before you met her. I've loved you with my whole heart..." - Dewi Juwita Kedua dua wanita telah mengibaratkan Tashriq Shah seperti dunia mereka. Maka siapakah diantara mereka yang dipilih oleh takdir untuk bersama dengan insan yang dicintai?