Aurelia Batrisyia; seorang doktor terkenal di Malaysia yang membuatkan beliau berpindah ke Itali untuk menjadi doktor pakar bedah di negara tersebut. Francesco Roberto; siapa saja yang tidak mengenali jejaka itu. Seorang anak mafia yang paling digeruni seluruh negara Itali. Walaupun begitu, Francesco hanya meneruskan legasi RB'S CASINO milik arwah ayahnya yang diberikan untuk Francesco dan tidak mahu mengambil tahu tentang hal - hal berkait rapat dengan mafia. Suatu hari, Ervin Darwisy telah berhutang dengan keluarga Francesco sebanyak 1.1 juta ITL akibat Ervin Darwisy telah menyalahgunakan dana tersebut. Ervin menelefon Aurelia untuk memberikan wang miliknya kepada Ervin. Malangnya, duit yang dibawa oleh Aurelia masih lagi tidak mencukupi membuatkan Francesco bengang. Francesco kemudian melangsaikan hutang Ervin dengan menjadikan Aurelia sebagai wanita simpanannya dan perlu memulai hidup baru tinggal bersama Francesco. Ervin tanpa teragak - agak menerima cadangan tersebut membuatkan Aurelia tergamam. Perasaan sedih , marah dan keliru menyelubungi Aurelia. Mampukah Aurelia bertahan dengan Francesco untuk hidup bersamanya ? "Aku benci kau Ervin Darwisy ! Setelah 5 tahun kita bersama, ini balasan kau dekat aku?" - Aurelia "Maaf Lia, kalau bukan sebab Francesco anak ketua mafia.. Aku pun taknak kehilangan kau, aku terpaksa !" - Ervin "Tet! Masa bergaduh dah habis.. Now, this girl belong with me." - Francesco - hany's 2023 all right reserved 𓂅 ✶