Sinopsis Iris Dahlia Fathiyah gadis yang comel, chubby dan suka makan! Dimana-mana dia berada pasti makanan yang dia fikirkan. Selain daripada itu, dia juga menyimpan perasaan terhadap seorang jejaka kacak yang bernama Daniel Iskandar. Tunku Daniel Iskandar Fakhri seorang jejaka yang tidak gemar berdekatan dengan perempuan tapi dia suka memerhatikan tingkah laku Fathiyah. Gadis itu telah berjaya menarik perhatiannya tanpa gadis itu sedari. | | | "Kau ni memang suka makan ke? Kalau ada satu planet ni penuh dengan pelbagai makanan, aku rasa kau orang yang pertama duduk dekat planet tu." "Awak ni tak tahu ke? Makanan lah yang boleh buat kita bahagia daripada layan perangai manusia yang membuatkan saya sakit hati, lebih baik saya makan. Sedap pun sedap." "Habis aku? Aku ada buat kau sakit hati tak?" Dia memandang aku lalu dia merapatkan tubuhnya ke tubuh aku, tetapi masih ada ruang di antara kami berdua lalu dia menunduk sedikit agar ketinggian kami sama. Aku mendongak memandang wajahnya. "Awak rasa?" soalku seraya mengankat kedua-dua belah kening. "Aku rasa tak, sebab pipi kau berubah jadi warna tomato." Dia ketawa kecil. Dan ya Fathiyah semakin jatuh cinta terhadap jejaka kacak itu.