Dia... Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan manusia berhati binatang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan. Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan Tidak semudah lelaki itu untuk melepaskan gadis yang mempunyai sesuatu yang cukup bernilai. Kerana budi yang ditabur, maruah dirinya masih terpelihara. " You ingat you ni mem besar dalam rumah ni ke?! I dah pesan kan pada you kemas dan bersihkan setiap ceruk rumah ni. I do not want any dirt or dust, even. Tak paham ke pekak? Atau you ni memang lembap?!" Dia... Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi segala-galanya. Dheiya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan nama. Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. " Dheiya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang abang pada Dheiya. Sebab.. kasih Firdaus dan Dheiya sudah lama bertaut di dalam hati ni..." " Hati kita... Firdaus.. dan Dheiya..." - Dheiya " Sayang, I love you every day. I will miss you every second in my life. Thank you so much for the all blissful moments. My life would be turning up and down when you are not by my side. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga, tetap takkan merubah hati dan perasaan abang pada sayang." - Firdaus Namun mereka lupa, setiap jalan menuju kebahagian pasti akan ada jalan yang berliku. B