UAZ 16🍃

786 46 0
                                    

         Faiz memasuki gudang milik uncle xi xiang. Terdapat banyak konco-konconya yang menjaga kawasan tersebut daripada pencerobohan berlaku. Faiz memarking kereta di luar kawasan gudang sahaja bagi mengelak sebarang keraguan.

Faiz memasuki gudang tetapi sempat di halang oleh seorang lelaki berbadan tegap.

"Kau siapa?" kata lelaki tegap tersebut.

"Aku nak jumpa bos kau, ada hal penting sikit aku nak bincang dengan dia. Dia ada tak?" soal faiz

"Ada dekat dalam. Sekejap aku beritahu dahulu ada orang nak jumpa dia"

Lelaki tersebut berlalu pergi memanggil bosnya sementara faiz menunggu kedatangan bos xi xiang. Perkara yang sudah lama dibahas tetapi rancangan yang mahu dilakukan belum dilaksanakan. Faiz perlu membuat strategi agar rancangan dia dengan bos xi xiang berjaya.

Setelah sekian lama menunggu akhirnya bos xi xiang datang dengan senyuman yang lebar terukir di bibir.

"Wah faiz sudah mari!" kata bos xi xiang.

"Wa janji sama lu datang sini ma. Wa mau bincang pasal itu rancangan. Lu tidak kesian sama wa ka? Wa sudah lama tunggu"

"lu banyak sabar, wa takut zafran tau rancangan kita dua ma. Kalau dia tau mampus wa mati"

"apa mau takut sama itu budak! Lu ada kuasa, lu ada senjata, lu tembak saja ma itu budak. Tak payah simpan orang macam tu" sindir faiz

"wa.. Mulut lu banyak kejam ah! Lu tak kesian sama adik lu ka. Itu darah daging lu"

"wa tak kesah dia darah daging wa ka, apakah yang paling penting apa yang wa nak wa dapat bukan dia"

"wa malas mau cakap pasal ini. Sekarang lu masuk dalam kita bincang apa yang patut" pelawa xi xiang.

       

       Bob cuba membuka pintu dengan perlahan-lahan agar azielah tidak tersedar daripada tidur. Bob membawa makanan agar azielah dapat menampung perutnya yang lapar. Sejak semalam azielah tidak mengisi perutnya. Tidak tahu apa yang terjadi kalau azielah tidak makan.

Ketika bob memasuki bilik tersebut dia melihat azielah yang tidur dalam keadaan digari menggunakan besi seluruh badannya dengan berpakaian yang tidak ditukarnya sejak semalam lagi. Bob melihat keadaan azielah, dia berasa kasihan pula. Ikutkan hati mahu sahaja dia lepaskan azielah daripada terus di seksa.

Bob meletakkan dulang makanan diatas meja. Dia menghampiri azielah lalu mengoncang badannya dengan perlahan.

"Emm.. Budak bangun! Kau kena makan. Sejak semalam lagi perut kau tu tak diisi. Nanti kau sakit siapa susah. Bos aku juga?" kata Bob perlahan.

Azielah tersedar apabila badannya digoncang dengan seseorang dan dia mendengar seperti seseorang bercakap dengan dia. Apabila azielah membuka mata azielah serta merta menjerit.

Bob agak terperanjat sedikit kerana melihat kelakuan azielah sebegitu rupa. Dia bangun daripad situ dan menjauhkan sedikit dirinya daripada azielah.

"Kau siapa!!" bentak azielah

"jangan takut, aku tak makan orang pun. Aku orang suruhan bos zafran. Aku akmal jonny kau boleh panggil aku bob je"

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now