UAZ 46🍃

353 24 2
                                    

          Azielah meronta-ronta meminta dilepaskan. Mukanya menahan geram saat melihat xi xiang yang sedang memegangnya. Air mata tiba-tiba membasahi pipi, teringatkan zafran. Semoga zafran dapat tahu dimana dia berada.

"Ergh, Lepaslah saya tak kenal korang siapa? Korang nak apa dari saya arh!" azielah masih lagi dengan posisi yang sama, badan bergelut di dalam kereta sehingga xi xiang tidak dapat mengawal pergerakannya. Faiz melihat daripada cermin kereta hadapan mulai rimas melihat perangai azielah. Brek ditekan kuat menggunakan kaki, azielah dan xi xiang terdorong ke hadapan sehingga tercium kusyen kereta.

"woi perempuan, Kau tak reti diam ke?! Memang patut aku culik kau pun. Baru padam muka si zafran eh. " faiz menekan semula enjin kereta lalu berjalan menuju ke destinasi.

Azielah terkaku. Dia sebut nama zafran tadi. Siapa sebenarnya mereka? Apa kaitan zafran dengan mereka berdua. Adakah mereka kenal zafran?

Mustahil!

Kemungkinan zafran juga kenal mereka.

"kenapa korang sebut nama zafran, siapa zafran bagi korang! Jawablah?!" azielah menggerakkan badannya dengan kuat. Terasa sakit pula tubuhnya untuk cuba membuka tali daripada badannya.

Xi xiang dan faiz ketawa sesama sendiri. Lucu pula soalan budak ni. Aih nampak sangat kau dah kena tipu hidup-hidup perempuan. Memang inilah masanya aku bagi tahu kau siapa sebenar zafran. Orang yang pura-pura baik dengan kau.

"kau nak tahu tak apa hubungan aku dengan zafran?" sinis senyuman faiz memandang wajah azielah. Padam muka kau zafran, nampaknya kau lambat! Aku kena bongkarkan semua kerja kotor kau selama ni. Hahaha...

"untuk pengetahuan kau, aku adalah abang kepada zafran dan pakcik cina sebelah kau tu adalah bos kepada zafran. Zafran tu sebenarnya bukannya elok sangat. Niat sebenar dia ambil kau adalah dia nak jual kau dekat thailand. Aku rasa kau memang dah tertipu dengan dia. Aku rasa kau dah tahu dia culik kau tapi kau tak tahu lagi sebab apa dia nak culik kau. Kan?"

" Awak menipu! Zafran takkan tergamak buat saya macam tu. Dia takkan berani nak jual saya sebab... Sebab dia sayang saya!" tersekat-sekat suara menahan air mata.

Faiz dan xi xiang ketawa semula. Sayang dia pada perempuan macam kau, itu semua dusta. Dia sayang kau sebab dia tak nak kau lari. Kalau tak habis melayang duit dia jika azielah melarikan diri.

"Cik adik, aku tak rasa dia sayang kau. Orang macam dia tu mana nak sayang perempuan. Dia lebih suka main perempuan. Kau faham. Main!"

Tak.Tak. Ini semua tipu, saya tak percaya zafran sanggup buat dirinya begitu. Saya tahu zafran seorang yang baik dan mahu menjaga saya. Tak mungkin...



            
         
          ZAFRAN membawa kereta dengan laju. Hampir gugur jantung bob melihat zafran membawa kereta. Nak dikatakan zafran seorang yang pakar membawa kereta. Bob memegang jantungnya, fuh boleh mati kalau zafran bawa kereta. Semua kereta di hadapan dipotong, mukanya apalagi rileks saya memotong kereta.

"bo... Bos bawa tu slow-slow sikit boleh tak? Aku tak sedia lagi nak mati!" muka bob agak pucat juga. Bos dia memang nak ajak dia pergi mati agaknya.

Zafran tidak menghiraukan kata-kata bob malah dia semakin meningkatkan kelajuan kereta. Pedal minyak ditekan kuat agar sampai di destinasi itu dengan cepat. Sedang bob dalam ketakutan tiba-tiba telefon pintar berbunyi.

"Assalamulaikum bob..."  kedengaran suara makcik mariam bergetar-getar sambil suara serak basah menangis. Bob mendengar dari corong telefon berasa risau membelenggu diri.

"cik ma, cik ma okay tak tu? Cik ma ada apa-apa masalah ke!" bob memandang zafran manakala zafran memandangnya sambil membuat isyarat angkat kepala seperti menanyakan sesuatu.

"a-azielah bob... Azielah" semakin kuat tangisan makcik mariam. Dia sangat-sangat berasa bersalah kerana membiarkan azielah seorang diri diluar rumah. Dia juga tidak tahu perkara sebegini akan berlaku. Cik ma sungguh menyesal!

"Kenapa dengan azielah cik ma. Cik ma please jangan buat sa-" telefon pintar milik bob dirampas oleh zafran. Kini zafran pula bersuara. Entah kenapa hatinya berasa tidak tenang apabila cik ma menangis.

"cik ma ni saya zafran. Saya nak tanya kenapa dengan azielah, ada apa-apa berlaku dekat situ?" debaran di dada semakin kuat.

"zafran cik ma minta tolong... Tolong selamat azielah. Nyawa dia dalam bahaya. Cik ma harap kamu cepat-cepat cari dia. Cik ma menyesal sangat sebab biarkan dia seorang dekat luar tadi." suara teresak-esak menangis.

Melopong mata zafran. Tak mungkin. Apa yang dah berlaku. " cik ma bagitahu saya apa yang dah jadi sebenarnya? " suara mulai berubah dingin.

" azielah kena culik. Cik ma tak tahu siapa dua orang lelaki yang tiba-tiba datang rumah. Cik ma ingat mereka kawan azielah tapi cik ma silap mereka ada niat jahat dengan azielah. Sekarang pak mat terbunuh sebab kena tembakan orang jahat tadi!" cik ma sungguh rasa bersalah.

Zafran menumbuk stereng kereta menyebabkan zafran hilang kawalan. Kereta terbabas terlanggar sebuah pokok. Depan kereta habis kemik dan kelihatan keluar asap daripada kereta.

" Astagfirullaallazim bos! "  Bob mengadu kesakitan.

"erghh... Sh*t punya orang. Siapa yang berani culik milik aku. Arhhh..." zafran menjerit sepuas hati sehingga tiba-tiba air mata keluar mengalir ke pipi. Zafran menangis.

"Ya, allah apa lagi musibah yang kau berikan kepadaku. Aku mohon kau lindungilah orang yang aku sayang. Sesungguhnya engkau lebih mengetahui" muka disapu menggunakan tangan. Serabut!

"Bos  aku harap kau sabar. Sekarang ni kita tak ada masa nak layan perasaan, bos kata bos nak hapuskan juga si xi xiang tu. Kita kena cepat sergah lokasi dia kalau tak nanti kita akan hilang jejak. Zafran mengelap air mata menggunakan belakng tangan. Dia harus mendapatkan azielah sekarang tapi pada masa yang sama dia perlu ke tempat xi xiang. Mana harus dia pergi?

"sekarang ni aku nak kau cari alat pengesan dekat mana azielah? Aku harap dengan cara ni berkesan untuk aku jejak dia!"

"baik bos"

"oh lagi satu kau dah call polis?"

"sudah bos"

"bagus. Sekarang ni kita kena perlu sahaja ke sana. Aku harap rancangan ni berjaya dan semuanya berakhir..."

Azielah aku minta maaf sebab tak protect kau dengan betul. Aku pun menyesal tinggal kau seorang dekat rumah. Aku tahu nyawa kau dalam bahaya. Aku akan pastikan orang tu akan dapat lagi teruk lepas apa dia dah buat dekat kau!

Author tak tahu nak cakap apa. Btw sorry lmbt update 😔🖐️.

Jgn lupa comment and vote 👇❤️

Tata...

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now