UAZ 19🍃

720 45 2
                                    

          ZAFRAN memasuki gudang untuk berjumpa dengan uncle xi xiang. Terdapat ramai anak buah uncle xi xiang yang sedang sibuk menguruskan kerja masing-masing. Zafran melilaukan kepalanya mencari uncle xi xiang. Tanpa membuang masa zafran pergi ke arah salah seorang lelaki.

"Boy kau ada nampak bos besar tak?"

"Eh zafran, tak ada pula. Aku rasa maybe dia keluar ada hal kut" fikir lelaki tersebut.

"kalau macam tu tak apa lah. Kalau dia datang suruh dia jumpa aku tau. Ada hal nak bincang sikit"

"okey"

Zafran terus berlalu pergi dari gudang tersebut. Tiba-tiba dia mendengar seseorang tengah berbual di belakang gudang.cepat-cepat dia pergi ke arah orang yang sedang berbual. Dia mengintai dari tepi gudang hatinya tiba-tiba membuak-buak kepanasan. Menandakan kemarahannya mula menguasai dirinya.

"Ini kerja kau ye xi xiang. Tak apa kau tunggu nasib kau dengan aku dan kau... nyawa kau akan melayang tak lama lagi!"

Zafran mengetap giginya. Urat-urat hijau mula kelihatan dibahagian lehernya serta di tangannya. Sanggup orang tua ni tipu dan khianat dia. Mati-matian dia bekerjasama dengan orang tua yang dianggap bapanya sendiri. Tapi dengan orang yang tiada guna juga dia pilih.

"Tak apa faiz harini kau hidup puas-puas. Esok lusa bersiap sedia dengan nyawa kau yang akan diambil oleh malaikat buatan aku sendiri!"

Zafran terus berlalu pergi meninggalkan gudang. Hatinya sangat berasa sakit. Sakit kerana di khianat oleh orang yang menjaganya sejak kecil dan seorang yang memberi kepercayaan, harapan yang tinggi kepada dirinya.


         

        Makcik mariam perlahan-lahan memijak tangga. Takut-takut di dengar si adik tuan punya rumah. Misi makcik mariam untuk ke atas ialah untuk melihat keadaan adik encik zafran kerana sudah beberapa jam asyik terperap di dalam bilik sahaja. Dia mahu memanggil anak itu turun makan. Kemungkinan seharian belum makan.

Makcik mariam melilau mencari bilik adik encik zafran. Pening kepalanya mencari kerana di tingkat 2 ini terdapat empat buah bilik dimana bilik utama di bahagian paling hujung manakala bilik 2 hingga 4 sebaris tetapi keadaan menuju ke tiga-tiga bilik ini berbentuk zig-zag.

Makcik mariam pergi ke satu-satu bilik dan mendekatkan telinganya di hadapan pintu. Makcik mariam berbuat demikian kerana mahu mendengar jikalau adik encik zafran memanggil zafran atau sebaliknya. Apabila makcik mariam khusyuk melekapkan telinganya disetiap pintu tiba-tiba makcik mariam terdengar bunyi esakan kecil daripada arah hujung. Maksudnya bilik paling besarlah kan.

Makcik mariam segera ke arah suara tersebut dan cuba melekapkan telinga ke pintu yang dimana dia mendengar adik encik zafran sedang menangis.

"mak, abah apa lagi dugaan yang ada dekat zielah mak. Azielah tak kuat mak, abah. Azielah nak ikut mak, abah ke syurga!" rayu azielah

Makcik mariam cuba meneliti setiap percakapan yang dikeluarkan oleh budak perempuan tersebut. Makcik mariam terperasan satu ayat iaitu nak ikut mak, abah ke syurga. Maksudnya budak ni nak bunuh diri. Makcik mariam mula gelabah dan cuba membuka tombol pintu tetapi terkunci.

Makcik mariam menjadi resah. Dia cuba sedaya upaya untuk membuka pintu tersebut. Makcik mariam mengetuk pintu tersebut dan memberitahu budak perempuan tersebut dari luar agar tidak mencederakan diri sendiri.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now