UAZ 35🍃

607 28 10
                                    

              AZIELAH melajukan pergerakannya menaiki anak tangga. Zafran yang melihat azielah sedang menaiki tangga cepat-cepat juga dia mengejar azielah malah tiba-tiba dia di sapa oleh makcik mariam.

"Astagfirullaallazim zafran... Kenapa dengan kamu ni basah lencun. Kamu kena hujan ke?" soal makcik mariam risau.

"eh tak lah cik ma saya dengan azielah main air hehe" zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"bertuah punya budak. Kamu dua orang ni nak cari penyakit ya. Tak ada hujan tak ada ribut main air pulak!" makcik mariam mula membebel.

"alah cik ma bukan selalu kita orang dapat main bersama lagipun saya jarang ada dekat rumah, inilah masanya saya luangkan masa dengan adik saya" luah zafran.

Makcik mariam menundukkan kepalanya "zafran cik ma dah tahu semuanya, cik ma rasa lebih baik kamu lepaskan azielah. Dia tak bersalah dalam hal ni. Cik ma harap kamu faham"

Senyuman terukir dibibir. Zafran membetulkan sedikit rambutnya akibat basah. Dia berjalan mendekati makcik mariam.

"kalau macam tu baguslah cik ma dah tahu, tapi cik ma kena ingat saya tak akan lepaskan azielah sampai bila-bila sebab dia selama-lamanya akan jadi milik saya" bantah zafran.

"tapi kamu berdua bukan ada ikatan yang sah. Jadi tak boleh tinggal serumah. Kamu tak takut dosa ke nak?" makcik mariam hanya mahu memberikan kesedaran kepada zafran bahawa membawa seorang perempuan yang bukan mahramnya adalah salah satu dosa besar dan allah sangat murka kepada hambanya yang ingkar.

" cik ma kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam. Saya tak nak berkasar dengan cik ma. Kalau cik ma nak saya still hormat cik ma sebagai orang tua senang cerita cik ma senyap tak payah masuk campur. Faham!" suara zafran naik seoktaf lalu pergi begitu sahaja meninggalkan cik ma sendirian.

Semoga allah memberikan hidayah dan petunjuk buat kamu zafran... Bisik hati makcik mariam.

            

          

          Azielah yang mendengar perbualan zafran dengan makcik mariam dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata yang diungkapkan tadi.

" saya tak akan lepaskan azielah sampai bila-bila sebab dia selama-lamanya akan jadi milik saya..." 

Ayat tersebut masih berlegar-legar di minda azielah. Tanpa sedar pintu diketuk agak kuat sedikit menyebabkan azielah tersedar dari lamunan. Kaki laju pergi ke arah pintu.

" kejap, kejap"

Tombol pintu dipulas terpancul susuk tubuh zafran yang berdiri tegak sambil menyilangkan tangan di dada. Muka tak payah cakap dingin nak mampus!

"kau buat apa lama sangat dalam bilik. Nak beratus kali aku ketuk!" perli zafran.

"wow sekarang dah pandai ketuk-ketuk pintu. Dulu bukan main terjah bilik orang! Dah insaf ke tu encik zafran?" bebola mata dipusingkan. Kalau bergaduh dengan mamat ni sampai tahun depan tak habis.

"kau yang cakap dekat aku kalau nak masuk bilik ni kena ketuk dulu sebab mana tahu kau tengah pakai baju ke apa ke tak ke aku dapat tengok wayang free dari kau?" senyuman sinis terbit di bibir zafran.

Pipi azielah mula berona merah. Matanya dibesarkan lalu memandangkn zafran. Gigi diketap menahan geram. Tangannya lantas melekat di lengan zafran. Wajah zafran auto bertukar merah akibat kesan tamparan kuat hinggap di lengannya.

"Aduh! Apa ni main tampar-tampar. Sakit tahu tak!" rintih zafran.

"macam budak-budak" desisnya lagi.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now