Hana • 하나

110 8 0
                                    

"Yukhei, awak rasa keputusan awak untuk sertai tentera ni betul ke? Macam mana kalau.. Kalau awak tak kembali?"

Soal Minhwa, risau. Wajah tunangnya yang kacak dipandang.

"Awak janganlah risau sangat, Minhwa. Saya cuma nak menabur bakti pada negara. Kita mesti pertahankan negara daripada dijajah. Saya taknak anak cucu kita hidup di bawah pengaruh penjajah."

Yukhei seboleh-bolehnya tidak mahu memandang wajah Minhwa. Zip beg terakhir ditutup rapat setelah celoreng hitamnya dimasukkan. Beg askar itu dia gendong.

"Saya janji, saya akan kembali untuk awak, dan bakal anak kita."

Yukhei duduk melutut untuk menyamai ketinggian dengan perut Minhwa. Tangannya naik mengusap lembut perut Minhwa.

"pergi dulu, tau? Jaga ibu untuk ayah."
Bisiknya perlahan. Minhwa sudah tidak dapat menahan sebak, terus menangis di situ.

"Yukhei, janji awak akan balik untuk majlis kita. Janji awak takkan biarkan anak kita .. Tak berbapa. Awak janji?"

Wajah Minhwa yang sudah merah dipandang. Tangannya naik memegang pipi Minhwa, tunangnya.

"Saya janji sayang. Saya akan tunaikan janji saya."

Yukhei mencium bibir tunangnya sebelum dia menaiki trak yang membawa beberapa anggota tentera yang akan turut sama bertempur.


Yukhei mencium bibir tunangnya sebelum dia menaiki trak yang membawa beberapa anggota tentera yang akan turut sama bertempur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Saya akan hantar surat untuk awak, setiap bulan. Atau mungkin minggu. Awak tunggu ya. Tolong jaga diri awak dengan anak kita elok-elok. Saya sayang awak."

Minhwa menghantar pemergian Yukhei diiringi dengan doa. Air matanya diseka. Perutnya yang semakin membesar diusap.

"Tunggu saya, Hwang Minhwa!"

"Saya akan tunggu awak, Hwang Wookhee!"














































































Namun siapa sangka, itu adalah kali terakhir dia dapat melihat susuk tubuh tunangnya.

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 1 √ ° LucasWhere stories live. Discover now