Yeosot • 여섯

44 4 0
                                    

"Minhwa!"

Laung ibu dari jauh. Minhwa yang sedang mencuci pinggan menyahut.

"Ya ibu!"

"Surat Yukhei dah sampai!"

Sayup suara ibunya menjerit dari halaman rumah. Minhwa apalagi, gembira bukan kepalang bila nama Yukhei kedengaran di telinganya.

"Kejap, Minhwa datang."

Segera cucian terakhir disudahkan. Tangannya dilap kering-kering pada kain yang dipakai.

"Jangan berlari, Hwang Minhwa! Penat lah ibu nak bagitahu. Setiap kali surat Yukhei sampai, setiap kali ibu kena ingatkan jangan berlari!"

Barulah Minhwa berjalan tetapi dalam kadar yang laju. Tersenyum lebar bila dia nampak surat Yukhei yang berada dalam tangan ibunya.

"Nah. Seronok betul bila surat Yukhei sampai."

"Mestilah. Tunang Minhwa kan."

Minhwa berjalan menuju ke pangkin di hadapan rumah, sementara ibunya menuju ke dalam rumah. Punggungnya dilabuhkan di atas pangkin, dan bersandar pada pokok mangga.




Dear, Minhwa <3

Boolatnya perut awak, Minhwa. Comel sangat. Saya rasa nak balik sekarang dan peluk awak. Ya Tuhan, tolonglah segera tamatkan peperangan ini.

Minhwa, anak kita baik-baik je kan? Bidan kampung cakap apa bila awak pergi periksa kandungan? Dia okay je kan? Dah tahu ke anak kita lelaki atau perempuan? Kalau awak dah tahu, bagilah hint dekat saya. Saya dekat sini langsung tak boleh tidur. Teringat dekat awak dengan baby.

Minhwa, lepasni saya dah jarang kirim surat dekat awak tau. Sebab jeneral Lee dah tetapkan mungkin 2 atau 3 bulan sekali kami boleh hantar surat. Tapi awak jangan risau sangat bila saya tak hantar surat. Saya baik-baik sahaja dekat sini. Awak tolong doakan keselamatan saya dan anggota lain ya? Dekat sini diorang bergosip, katanya doa ibu mengandung ni diberkati. Jadi saya percaya cakap diorang. Jangan kata saya ni percaya perkara tahyul pula.

"Tak, saya percaya jugak benda tu. Dekat sini pun cakap benda yang sama."

Kalau awak rindu saya, nah saya sertakan beberapa gambar kacak seorang Hwang Wookhee di medan perang.

Kalau awak rindu saya, nah saya sertakan beberapa gambar kacak seorang Hwang Wookhee di medan perang

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Saya tengah tabik hormat dekat jeneral Lee misai kontot tu HAHAHAHAHAHA.


Saya tengah tabik hormat dekat jeneral Lee misai kontot tu HAHAHAHAHAHA

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Kesian dekat tunang kacak awak, hari-hari kena tekan tubi. Sakit tangan saya pegang besi tu. Kalau ada Minhwa dekat bawah takpe jugak, boleh saya cium-cium >_< !


 Kalau ada Minhwa dekat bawah takpe jugak, boleh saya cium-cium >_< !

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Muka serius saya. Kacak tak kacak takk? Mestilah kacak kann. Saya dah kata saya paling sempurna dekat sini ecehh.

Okay Sayang, sampai sini sahaja surat saya. Awak jaga diri tau. Jangan suka berlari bila dapat surat saya. Macamlah saya tak tahu.

Hwang Wookhee, 2/2/1945.

Tarikh yang tertera di surat itu dibandingkan dengan kalender di luar rumahnya. Sekarang pertengahan bulan 2 tahun 1945. Bermakna lewat juga surat ini nak sampai kepadanya.

"Dia ni, kalau tak masuk bakul angkat sendiri memang tak sah kan?"

Baru sahaja Minhwa hendak bangun, terus terasa si kecil di dalam perutnya menendang-nendang. Terus Minhwa duduk semula sambil memerhatikan perut boyotnya.

Tangan dilekapkan di perut dan Minhwa dapat rasa tendangan dari dalam.

"Kalau Yukhei ada mesti dia dapat rasa jugak baby tendang."

Tiba-tiba dia rasa sedih.

"Takpe lah adik. Kita tunggu ayah balik ya? Ayah dah janji nak teman ibu masa bersalin nanti. Dia nak sangat tengok adik."

"Dah, jom kita balas surat ayah ni."

---

Habis laci diselongkar. Tak cukup dengan itu, dalam almari juga dipunggah. Turun naik nafasnya mencari sesuatu.

"Ibuuuuuuu!! Sampul surat dah habis ke??"

"Alahai lupa ibu nak bagitahu! Sampul surat last tadi ayah guna, nak bayar duit bersalin kamu dekat bidan Kim nanti lah."

"Awalnya! Minhwa baru 6 bulan."

"Awal tak awal. Kamu ingat 3 bulan tu lama? Pejam celik dahh 3 bulan. Habis tu bila kamu dah nak terberanak sangat, tiba-tiba bidan Kim sibuk, kamu nak suruh anak kamu tunggu?"

Panjang bebelan yang dihadiahkan oleh ibu membuatkan Minhwa memuncung.

"Ibu ni takpayah la membebel. Ni ayah mana? Minhwa nak minta tolong belikan sampul surat.

"Ayah keluar. Esok je lah pergi."

"Mana boleh! Surat tu akan sampai lambat nanti. Takpe biar Minhwa keluar."

"Tak payah mengada-ngada Minhwa. Nanti ibu cakap dengan ayah."

"Tak apa, ibu. Minhwa dah besar lah. Minhwa pergi pekan sekejap je, okay?"

Bersungguh-sunghuh dia memujuk ibunya.

"Yelah. Hati-hati jalan."

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 1 √ ° LucasWo Geschichten leben. Entdecke jetzt