Ahop • 아홉

39 3 0
                                    

Hari ini ialah hari dimana semua anggota pasukan ROK akan berangkat pulang. Masing-masing begitu ceria kerana akan bersatu semula dengan keluarga. Tak terkecuali, Yukhei.

Setelah tapak perkhemahan mereka bersih dan kemas, mereka bergerak dalam kumpulan untuk pergi ke jalan utama. Sebuah trak tentera akan mengambil dan menghantar mereka sehingga ke depan pintu rumah.

"Jaehyun, aku pasti akan rindukan kau."

"Jaga diri semua."

"Felix, Namjoon, Jungkook dan semua orang, jangan lupa aku."

"Bila perang dah tamat, janji kita akan jumpa balik?"

Soal Yukhei. Felix, Namjoon, Jungkook, Jaehyun dan lain-lain tersenyum dan mengangguk.

"Janji!"

Satu trak yang menuju ke kampung Jaehyun sudah tiba. Jaehyun melambai buat kali terkahir kepada rakan-rakan seperjuangannya.

Makin lama, makin banyak trak yang datang untuk mengambil dan menghantar anggota pulang ke kampung. Sehinggalah akhirnya, tinggal pemuda-pemuda sekampung Yukhei sahaja yang masih menanti trak untuk datang mengambil mereka.

"Aku tak sabar nak balik makan nasi kenduri Yukhei dengan Minhwa."

"Dengar cerita, Minhwa mengandung 6 ke 7 bulan. Eh betul ke? Mak aku bagitahu dalam surat. Makcik-makcik kampung semua terkejut. Gadis-gadis kampung yang suka dekat kau semua frust menonggeng bila dapat tahu Minhwa mengandung anak kau."

"Eii abang Yukhei gatal. Tak kahwin lagi dengan kak Minhwa tapi dah ada anak. Bapak ah."

Anggota paling muda, Lee Donghyuck bersuara. Terus Yukhei smackdown dan menggosok kasar kepala Donghyuck.

"Budak-budak jangan sibuk la."

"Ele dah malu la tu."

Donghyuck menyorok bila perasan Yukhei menjegilkan matanya.

"Nak gurau pun tak boleh."

Mereka ramai-ramai ketawa. Yukhei cuma tersenyum dan ketawa bila dia dan Minhwa dijadikan topik bualan hangat.

Gambar ultrasound yang Minhwa kirim dikeluarkan. Yukhei begitu asyik menatap gambar itu sehingga tidak sedar dia dipanggil oleh rakannya yang lain.

"Tak sangka Yukhei nak jadi ayah dah. Wow."

"Nak tengok gambar anak abang Yukhei!"

Pinta Donghyuck. Terus kepingan gambar diberi.

"Apa ni? Kenapa hitam putih?"

Soal Donghyuck pelik. Tak ada pun gambar baby comel?

"Itu gambar ultra—"

BOM!

Bunyi letupan kuat diikuti trak yang mereka naiki turut meletup dahsyat. Semua penumpang tercampak ke luar.

Tidak cukup dengan itu, baru Yukhei perasan mereka telah dikepung oleh tentera Jepun. Apa? Bukankah Jeneral Lee kata Jepun sudah menukar laluan ke India dan Korea tidak akan diserang?

"D-donghyuck.. Yang lain-lain, berkumpul dekat tengah. Ambil senjata masing-masing."

Yukhei mengeluarkan arahan. Mujurlah yang lain ikut arahan. Mereka berkumpul di tengah dan membentuk bulatan. Senjata masing-masing sudah diangkat dan sedia untuk menembak musuh.

"Tembak!"

Jerit Yukhei. Satu persatu tembakan mengenai sasaran. Sehingga akhirnya habis semua tentera Jepun mati ditembak oleh mereka.

Yukhei memberi isyarat tangan supaya berhenti. Dia memerhatikan sekeliling sebelum memberi semua arahan.

"Semua jaga-jaga! Ambil beg masing-masing dan kita akan minta bantuan dekat pos tentera yang terdekat. Bergerak!"

Mereka semua bergerak mengutip barang-barang yang berterabur.

"Donghyuck! Mana gambar tadi?!"

Jerit Yukhei. Donghyuck menggeleng.

"Tadi tercampak dekat mana pun tak tahu. Maaf abang. Biar Donghyuck tolong cari."

Yukhei mengangguk. Matanya fokus di atas tanah untuk mencari gambar tadi.

"Abang! Dekat depan tu!"

Jerit Donghyuck. Pantas Yukhei berlari untuk mengambil gambar ultrasound itu.

Bang!

"Abang Yukhei!"

Jerit Donghyuck bila dia lihat Yukhei jatuh tersungkur apabila peluru menembusi dada Yukhei.

"Jahanam!"

Terus dia mengangkat senjata dan menembak orang yang melepaskan peluru ke arah Yukhei. Namun tidak lama, akhirnya Donghyuck juga ditembak tepat di dada.

"Yukhei! Donghyuck!"

Jerit yang lain. Bila lihat dua orang rakan sekampung mereka tewas, mereka nekad untuk menuntut bela.

"Jahanam kau! Donghyuck! Dia baru belasan tahun! Dia baru nak mula hidup! Kenapa kau ambil nyawa dia!"

"Yukhei pulak! Dia! Dia nak jadi ayah! Kau dah buat anak dia lahir tanpa seorang ayah! Kau memang kejam!"


---

Gambar itu berada tidak jauh dengannya. Yukhei berusaha untuk mencapai dengan bersusah payah.

Akhirnya tangannya dapat mencapai gambar itu. Serasa seperti dia mencapai tangan Minhwa.

 Serasa seperti dia mencapai tangan Minhwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar itu dibawa dekat ke dada. Perlahan-lahan air mata Yukhei turun.

'Maafkan saya, Minhwa. Saya dah mungkir janji. S-saya tak dapat balik yang macam saya cakapkan. Mianhae. Jinjja mianhae.'

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 1 √ ° LucasWhere stories live. Discover now