Net • 넷

47 4 0
                                    

Minhwa cuma diam dan memerhatikan ibunya yang bersiap cantik siap berhanbok. Ke mana lah ibu nak pergi? Tapi dia malas nak masuk campur. Minhwa bingkas berdiri untuk masuk ke dalam bilik tetapi dihalang ibunya.

"Kamu tak siap lagi, Minhwa?"

"Pergi mana?"

Ibunya menggeleng-gelengkan kepala.

"Lupa lah tu. Pergi rumah ketua kampung lah. Ada majlis untuk pemuda-pemuda kampung yang pergi berjuang."

"Minhwa takde baju. Hanbok tak muat."

"Tulah ibu dah cakap. Pergi beli baju, taknak dengar. Ambil ibu punya. Muat la dengan badan kamu tu."

Pantas Minhwa mengangguk dan berlari riang menuju ke bilik ibunya.

"Terima kasih, ibu!"

"Jangan berlari! Aduhai budak ni, berapa kali nak cakap?"

---

Jejak Ibunya yang bersalaman dengan orang kampung Minhwa ikut. Kemudian Minhwa duduk di satu sudut tatkala ibunya rancak bersembang dengan wanita seusia ibu.

Tak semena-mena Minhwa rasa bahunya direntap kasar dan dia ditarik menuju ke belakang rumah.

"Minhwa."

Terus Minhwa cipta jarak antara dia dan Hendery, anak ketua kampung.

Kejap? Ibu kata ini majlis untuk pemuda-pemuda kampung yang pergi berperang. Maknanya si Hendery ni tak pergi lah ya?

"Kau makin cantik, Minhwa."

"Tolong, Hendery. Kau tahu aku dah bertunang."

Pandangan dibuang ke arah lain. Tangannya disilang.

"Bertunang je. Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai. Heh."

Hendery cuba capai tangan Minhwa tetapi pantas sahaja Minhwa melarikan tangannya. Jegilan diberikan.

"Hendery."

"Okay sorry-sorry. So macam ni lah Minhwa. Aku dengar cerita Yukhei pergi berperang kan? So andai kata nanti dia tak kembali, aku sudi jadikan kau isteri aku -"

PPANG!

"Mulut kau, Hendery! Memang kurang ajar kan?"

Turun naik dadanya bila Hendery usik topik tentang tunangnya.

"K-kau.. Tampar aku Min? Kau kenal tak aku siapa? Aku-"

"Ya! Aku kenal kau! Anak ketua kampung. Capable of doing anything you want! Kau nak halau aku dari kampung ni? Halaulah! Tapi kau yang mulakan dulu."

Ternganga Hendery dibuatnya bila Minhwa cakap ayat inggeris yang langsung dia tak faham. Kabel wing-wing? Apa tu?

"A-apa kau cakap ni Min? Apa kabel?"

"Minhwa! Oo Minhwa!"

Sayup suara ibunya memanggil. Pantas Minhwa berlari meninggalkan Hendery yang masih terkebil-kebil.

---

"Sebelum terlupa, ada sesiapa dekat sini yang sedang mengandung? Bukan apa, biasanya ibu yang mengandung doanya diberkati."

Kecoh sebentar jadinya majlis itu dengan permintaan isteri ketua kampung. Para ibu menggelengkan kepala.

"Rasanya takde. Perempuan muda dekat sini rasanya masih anak dara lagi-"

Terhenti percakapan puan Moon bila ibunya berdiri. Minhwa berkerut dahi.

"Eh Han, awak mengandung lagi ke?"

Soalnya pelik.

"Tak kak, bukan saya. Anak saya Minhwa ni tengah mengandung."

Ibu beri syarat supaya Minhwa berdiri. Dengan perlahan, Minhwa bangun sambil tersenyum malu.

"Eh Minhwa? Bukan belum kahwin ke?"

"Dia kan dah bertunang dengan Yukhei."

"Apa?! Minhwa mengandung anak Yukhei??!"

Banyak bisikan yang Minhwa dengar. Ada juga beberapa gadis kampung seperti tidak gembira dengan khabar baik itu. Minhwa faham. Bukankah dia kata Yukhei dulu jejaka rebutan?

"Okay Minhwa, mari sini nak."

Minhwa jalan melintasi para ibu dan gadis-gadis sekampungnya.

"Dah berapa bulan?"

"5, makcik."

Kepalanya digosok perlahan oleh ibu Hendery. Tengoklah, mak baik tapi anak...

"Duduklah. Doakan yang baik-baik untuk semua pemuda kampung kita."

Minhwa mengangguk. Segera dua tangannya dicantumkan dan matanya ditutup.

Tuhan, selamatkan lah semua pemuda kampung kami yang berada di medan perang. Kau berkatilah dan bantulah mereka dengan kemenangan.

.




.




.

Dan kau selamatkan tunang aku, Yukhei. Kau tunaikanlah janjinya yang akan kembali bersama dengan aku.

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 1 √ ° LucasWhere stories live. Discover now