Dasot • 다섯

45 4 0
                                    

"Minhwa! Kau mengandung??!"

Sebaik sahaja selesai majlis , dia ditarik lagi oleh Hendery. Wajah kacak anak ketua kampung itu dipandang. Tapi Yukhei lebih kacak okay.

"Yes. You have problem with it?"

Buat kali kedua, Hendery ternganga mendengar ayat asing itu.

"Min.. Jangan lah guna bahasa inggeris. A-aku.. Tak faham.."

Jujur Hendery. Terasa malu pula. Dulu waktu ayahnya suruh belajar, dia pergi serong kedai nek wa. Dengan Yukhei pulak tu. Tapi tengoklah Yukhei sekarang, pandai, kacak (Hendery pun kacak okay), paling penting dapat Minhwa. Dia??

"Haih. Maksud aku, ya. Ada masalah ke?"

"Takde. Tapi, bukan korang tak kahwin lagi ke? Baru tunang kan? Kejap bila masa kau dengan Yukhei sempat buat —"

Katanya terputus bila Minhwa sumbat kek beras dalam mulutnya.

"Sibuklah kau, Dery. Kena bagitahu kau ke bila kitaorang buat hari apa, pukul berapa semua tu? Penyibuk je."

Minhwa berura-ura untuk meninggalkan Hendery, tetapi namanya dipanggil sekali lagi.

"Dah berapa bulan, Min?"

"5."

Isyarat jari turut diberikan. Hendery mengangguk dan sempat mencongak.

"So lagi 4 bulan lah sebelum kau bersalin?"

"Janganlah kata kau tak reti kira jugak Hendery oi —"

Kalini Minhwa pula terdiam bila Hendery menyumbat kek beras dalam mulutnya.

"Kau ni orang nak beramah mesra pun tak boleh."

Ajuk Hendery. Minhwa menggeleng, malas nak layan sahabatnya sejak dari kecil itu.

"Ni ada apa-apa lagi ke? Aku nak pergi dekat ibu. Kau tu Dery, pergi lah sertai Yukhei dan pemuda lain berperang. Naik menyampah aku tengok muka kau dekat —"

"Kalau Yukhei tak balik, macam mana?"

Soalan Hendery itu berjaya buat Minhwa diam. Agak lama sebelum Minhwa tersenyum nipis,












































































"Yukhei dah janji nak balik."

[C] Dear, Lucas • WWII Ver. + Season 1 √ ° LucasWhere stories live. Discover now