PART [02]

62 10 4
                                    

Pembelajaran bermula seperti biasa. Kerusi milik Hyunjin yang kosong itu membuatkan Chaewon termenung lama.

"Kim Chaewon, sila jawab soalan ni" Arah Chanhee saem selaku guru matematik. Namun dia tidak mendapat sahutan. Lantas dia menatap Chaewon dan memanggilnya sekali lagi. Malah tetap tidak mendapat sahutan. Nampaknya dia sudah termenung jauh, entah dah sampai pluto kah belum. Para pelajar sudah memandang ke arah Chaewon. Heejin yang berada di sebelahnya mula berbisik memanggilnya.

Pap!!

Maker pen di baling tepat mengenai dahinya. Dengan serta-merta dia berdiri dari tempat duduknya lalu meminta maaf. Namun kesabaran Chanhee saem sepertinya hilang. Dia mengarahkan Chaewon berdiri di luar sambil mengangkat kedua tangannya.

"Kamu sekarang dah tahun ketiga. Patutnya belajar lebih giat lagi. Macam ni nak masuk Universiti? Memang tak lah nak dapat" Marah Chanhee saem kepada pelajar kelas 3-1.

Tiba-tiba kelibat Sunwoo muncul di pintu hadapan seraya mengetuknya. Para pelajar memandang Sunwoo tajam seperti harimau mendapat mangsanya. Chanhee saem yang masih dalam keadaan marah terus mencari kesalahannya.

"Ni lagi pelajar tahun ketiga. Baru hari pertama masuk sekolah sudah buat masalah. Tak kesian kah mak bapa kamu hantar kamu pergi sekolah untuk belajar, tapi kamu malah buat masalah pula" Marahnya.

"Saem malas dah nak cakap, kamu berdiri dekat luar macam dia" Arah Chanhee saem dengan dahi yang masih kunjung berkerut.

"Saem!" Panggil Sunwoo.

"Apa dia? Kamu nak minta maaf?" Soal Chanhee saem kasar.

"Tak. Saya tiada mak bapa. Halmeoni saya yang sekolahkan saya" Ujar Sunwoo lalu berdiri disebelah Chaewon dengan mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Para pelajar sudah tertawa mendengar kata-kata terakhir lelaki itu sebelum di denda. Chanhee saem terdiam mendengar kata lelaki itu. Perasaan marah semakin meningkat. Dia terus memulakan pembelajaran kerana berasa malu. Chanhee saem yang terkenal sebagai tukang serang, dari segi kata-kata. Akhirnya tumpas oleh lelaki yang bernama Kim Sunwoo.

•••

Ring!!

Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bagi subjek matematik akhirnya tamat.

Sunwoo dan Chaewon pun mengatur langkah masuk ke dalam kelas semula. Mp3 pada poketnya dikeluarkan sebelum menyumbat earphone pada telinganya. Jiwoo sudah menatap tajam lelaki yang berada di sebelahnya itu. Dia langsung tidak meminta maaf dengan Hyunjin, sedangkan sudah melukai tangannya.

"Kau dah okay kah?" Soal Heejin kepada Hyunjin yang baru sahaja masuk ke kelas kira-kira 10 minit yang lalu. Hyunjin mengangguk lalu memandang ke arah Sunwoo yang sedang meletakkan kepalanya pada meja sambil menyumbat earphone pada telinganya. Heejin turut memandangnya. Lantas dia pun mengatur langkah ke hadapan lelaki itu.

"Yah! Kau tak nak minta maaf kah?" Soalnya. Namun tidak mendapat sahutan. Earphone miliknya di tarik kasar.

"Kau tak nak minta maaf kah?" Soalnya sekali lagi.

"Kenapa aku perlu minta maaf?" Dia mempersoalkan.

"Wah!! Kau memang tak ada perasaan bersalah kah? Yah! Pagi tadi kau langgar aku, tanpa minta maaf. Aku masih boleh lepaskan kau tau. Tapi kau dah buat salah dengan orang yang tolong kau. Kau still tak nak minta maaf juga? Kau memang macam ni kah?" Sentap Heejin seraya menatap lelaki itu kasar.

"Aku tak minta sesiapa tolong aku kan" Ujarnya seraya berdiri menatap Heejin kembali. Lantas dia mengatur langkah keluar dari kelas dengan membawa beg sekolahnya.

"Yah! Waktu pembelajaran belum tamat lagi kan" Kata Hyunjin dengan sopan. Namun Sunwoo tidak mengendahkannya, malah melanjutkan langkahnya.

Pintu pagar belakang sekolah di panjat sebelum melompat keluar. Dia mengatur langkah menuju ke arah yang berhaluan menuju ke arah rumahnya. Namun dia membelok ke sebelah kanan apabila dua buah jalan bertentangan kelihatan. Sedangkan rumahnya berada di laluan kiri.

[OG] Hear Me - [내게 들려] 👂 [Kim Sunwoo]Where stories live. Discover now