PART [03]

53 10 6
                                    

Heejin terkaku seketika lantas menolak kasar tubuh lelaki itu dari memeluknya.

"Yah! Neo michiyeoseo?" Jerit Heejin. Kedengaran ada intonasi marah dalam suaranya. Lelaki itu memandang.

"Mian" Sepatah ayat keluar dari mulutnya lalu mengatur langkah pergi dari lorong gelap itu. Puntung rokok sempat di pijak mematikan api rokok tersebut.

"Yah!" Heejin menjerit mengejar lelaki itu. Lengan baju lelaki itu di raih lalu menyuruhnya meminta maaf. Namun lelaki itu tidak menghiraukannya. Lantas melepaskan tangan Heejin. Dia terus melanjutkan langkahnya.

"Kau memang tak reti nak minta maaf kah?" Heejin menyoal dengan nada kasar. Kerutan di dahinya kelihatan. Api kemarahan mula timbul di matanya. Lelaki itu menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Heejin.

"Kau memang tak ada perasaan eh? Hoksi... Kau psychopath?" Soal Heejin lagi dengan raut wajah yang sama seperti tadi. Dia sudah tidak memikirkan jika hati lelaki itu berkocak disentuh teguran sinisnya. Namun, ianya hanya seketika apabila lelaki itu membalas pandangannya dengan tatapan tajam. Heejin mengetap bibirnya. Tangannya digenggam kuat. Lelaki itu mula mendekatinya. Takut. Heejin ketakutan. Dadanya di pegang apabila nafasnya terasa sesak.

"Heejin?"

Suara seseorang telah mematikan pergerakan kaki lelaki itu. Heejin menoleh.

"Sonsaengnim!" Sahut Heejin. Dia segera berlari ke arah Eunwoo, doktornya. Hujung baju Eunwoo di genggam kuat dan menatap wajahnya seperti ketakutan. Eunwoo memandangnya sejenak lalu mengalihkan pandangannya ke arah susuk tubuh yang menakuti gadis itu. Dia sedikit terkejut.

"Kim Sunwoo?"

Eunwoo tersengih seketika sebelum menyambung percakapannya.

"Kita berjumpa lagi nampaknya Kim Sunwoo-ssi" Ujar Eunwoo dengan senyuman. Namun jelingan di balas. Langkahnya disambung semula dengan kadar segera ke arah Heejin. Automatik Heejin memejam matanya. Tanda nama yang melekat pada butang baju Heejin ditarik kasar kemudian bingkas bangun dan meninggalkannya dengan kebisuan. Apabila Heejin merasakan dia memejam matanya terlalu lama akhirnya segera mencelik. Dia bingung apabila Sunwoo tidak kelihatan. Eunwoo juga tidak menegurnya malah menatapnya ditambah dengan sengihan.

"Apa yang sudah terjadi?" Dia menyoal. Dia langsung tidak merasakan apa-apa. Sepertinya deria sentuhannya sudah hilang. Eunwoo tersenyum.

"Amugeotdo Heejin-ah"

Dia menjawab kebingungan gadis itu. Rambut Heejin dibetulkan kerana kelihatan tidak tersusun rapi. Sepertinya Heejin baru sahaja keluar dari tempat yang berhabuk mahupun kotor.

•••

Heejin berbaring di atas katil sambil menatap langit-langit biliknya. Eunwoo pula sedang memeriksa keadaan tubuh badan Heejin. Walaupun Heejin kelihatan ceria dan kuat di hadapan semua orang. Namun... sebaliknya dia hanya gadis lemah yang sedang melawan penyakitnya. Dia tidak pernah menunjukkan sikap negatif kepada orang lain kerana ingin memberikan semangat kepada diri sendiri.

"Eunwoo Sonsaengnim?"

Dia memanggil dan Eunwoo mengangguk tanda dia tengah mendengar gadis itu bercakap.

"Lelaki tadi tu... sonsaengnim kenal kah?"

Eunwoo mengangguk.

"Sejak bila?"

"Macam mana sonsaengnim kenal?"

"Tak" Heejin berhenti seketika setelah melontarkan soalan bertubi-tubi.

"Lelaki tu menakutkan lah" Perkataan yang bermain difikirannya akhirnya dikeluarkan.

"Kalau Heejin takut. Jauhkan diri dari dia" Sarannya dengan eye smile dipaparkan. Heejin mengangguk.

[OG] Hear Me - [내게 들려] 👂 [Kim Sunwoo]Where stories live. Discover now