PART [04]

29 2 3
                                    

"Heejin! Rose saem panggil" Ujar seorang rakan sekelas Heejin sebaik sahaja melihat Heejin melabuhkan punggungnya di kerusi.

Heejin melangkah keluar dari kelas. Sempat juga dia bertembung dengan Sunwoo di hadapan pintu. Jelingan di berikan. Namun Sunwoo hanya membiarkannya seraya melangkah masuk ke dalam kelas.

"Tu dia lelaki tu!"

Kedengaran mulut-mulut mulai berbicara. Sunwoo mendiamkan diri tatkala mendengar ejekan rakan sekelasnya. Fon telinga disumbat ke dalam lubang telinga lalu kelantangan suara dikuatkan. Jiwoo hanya memandang wajah lelaki itu. Datar. Tenang. Tak pedulikan apa orang cakap. Ya sifat tu menggambarkan diri lelaki yang berada di sebelahnya. Helaan nafas sempat di keluarkan sebelum berpindah ke tempat duduk yang berada di hadapan Chaewon. Namun baru beberapa saat dia melabuhkan punggungnya di kerusi itu, Hyujin sudah kelihatan. Dia berdiri. Hyunjin dengan sifatnya yang angkuh itu terus duduk di kerusinya. Lantas dia melirik ke arah kerusi Heejin sebelum membuka bicara.

Badannya di pusing ke belakang memandang tepat ke arah Chaewon.

"Heejin pergi mana?" Dia menyoal dengan nada datar.

"Hah...Ermm...di-di-di-di-dia per--gi bilik guru" Tergagap-gagap gadis itu menjawabnya. Hyunjin berkerut dahi melihat gelagat gadis itu. Namun dia membiarkannya dan kembali menyoal.

"Dia buat apa pergi bilik guru?"

"Rose saem panggil" Kali ini Jiwoo membantunya menjawab. Hyunjin terdiam seketika.

Tiba-tiba kelibat Heejin melangkah masuk ke dalam kelas kelihatan. Dia terus mengatur langkah duduk di tempat duduknya seraya Hyunjin juga turut ke arahnya dengan membawa sekotak susu pisang. Dia menghulurkan susu tersebut. Heejin tersenyum lantas menerimanya.

"Kau betul-betul belikan aku?" Ujarnya dengan tawanya.

"Kau tak nak? Aku ambil balik" Soalnya pula dengan nada sedikit kasar seraya mencuba untuk merampas kembali pemberiannya tadi namun Heejin segera menyembunyikannya di dalam laci.

"Gomawo"

Wajah Hyunjin di pandangnya. Hyunjin hanya mengangguk lantas mengatur langkahnya kembali dengan wajah merona merah.

Pada malam hari Heejin menghantar mesej berbunyi seperti marah kerana Hyujin meninggalkannya. Hyunjin meminta maaf namun Heejin menolak. Lantas menyuruhnya membelikan susu pisang untuknya setiap pagi.

Ring!!!

Bunyi loceng menandakan PDP bermula. Heejin berdiri dari tempat duduknya dan menuju ke hadapan. Pen penanda dicapai lalu menulis sesuatu.

'SELF STUDYING'

"Belajar sendiri?" Ujar seseorang.

"Wae?"

"Rose Saem pergi mana?"

"Rose Saem tak masuk kah?"

Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Heejin terus mengangkat tangannya menandakan menyuruh mereka berhenti menyoal.

"Rose saem terlibat dengan kursus. So...start hari ni hingga minggu depan Rose saem tiada dan semua kena belajar sendiri. No excuse" Terang Heejin dan kembali ke tempat duduknya.

Buku di buka lalu memulakan pembelajarannya. Fon telinga disumbat sambil menguatkan kelantangan suara pembelajaran mendengar bahasa inggeris. Tiada gangguan. Gadis itu sangat tidak menyukai dirinya diganggu apabila dia sedang belajar kecuali untuk bertanya soalan yang bernas.

"Kim Sunwoo keluar!" Suara lantang seorang lelaki yang kelihatan marah mula kedengaran dari luar kelas. Sunwoo memekakkan telinganya lalu mengalihkan wajahnya ke kiri setelah melihat sekujur tubuh lelaki itu, sebelum dia meluru masuk dan menendang meja milik Sunwoo. Kolar baju Sunwoo di tarik lantas menumbuk wajahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Hear Me - [내게 들려] 👂 [Kim Sunwoo]Where stories live. Discover now