PART [01]

93 10 0
                                    

Cahaya memancar masuk menembusi langsir dan telah menyinari setiap pelusuk ruangan biliknya.

Gadis yang berambut keperang-perangan dengan mata berwarna coklat itu sudah bangkit dari tidurnya lalu mengenakan seragam sekolah Serim.

Hari pertama ke sekolah sebagai seorang senior membuatkan dia bersemangat. Jawatan sebagai ketua pelajar sudah lama dinantikannya sejak hari pertama menginjakkan kaki di sekolah Serim. Walaupun jawatan itu agak berat, namun dia tetap ingin memberanikan diri untuk memikul jawatan tersebut.

Kelembapan embun dingin memang tiada tandingan. Dengan hidung yang merah akibat terlalu sejuk, dia mengatur langkah perlahan sambil berpelukan tubuh.

Sebelum menuju ke perhentian bas, dia sempat membeli sebungkus pancake berperisa coklat di Gerai pancake yang tidak jauh dari situ, untuk menghangatkan dirinya.

"Kapjagia!"

Dia terkejut apabila seorang lelaki telah melanggar bahunya dari belakang sehingga menjatuhkan pancake yang belum sempat di masukkan ke dalam mulutnya.

Baru sahaja dia hendak menegur lelaki itu, lelaki itu sudah berlari tanpa meminta maaf, manakala bas juga kelihatan dari jauh. Hal ini membuatkan dia berlari di belakang lelaki itu untuk menuju ke arah bas bernombor 623.

"Jamkkanman!" Jeritnya menahan pemandu bas itu dari menutup pintu.

Keadaan yang sempit itu telah mematikan niatnya untuk menegur lelaki yang berambut hitam dengan berketinggian kira-kira 177cm itu. Senyuman sinis terpapar pada bibirnya apabila melihat lelaki tersebut mengenakan seragam Serim. "Kalau aku dah jadi ketua pelajar. Kau orang pertama aku denda" Monolognya.

•••

[Serim Highschool]

Gadis itu berjalan sedikit perlahan di tengah-tengah jalan sambil membetulkan pakaiannya sebelum memasuki bangunan sekolah. Lelaki yang berada di belakangnya sudah menghembus nafas keluar akibat menahan sabar akan gadis yang menghalang jalannya itu.

"Jeogiy--"

"Heejin-ah!!!"

Belum sempat dia menegur gadis di hadapannya itu. Dua orang gadis yang kelihatan seperti kawan kepadanya sudah memanggilnya terlebih dahulu.

"Yah! Kenapa kau makin kurus?" Soal Jiwoo sambil memerhati Heejin dari atas sampai bawah. "Kau diet kah?" Soal Chaewon pula. "Aniyo! sepanjang cuti ni kerja aku makan je, takde lah nak diet bagai" Jawab Heejin menidakkan kata-kata sahabatnya itu. "Ahh!! Tapi bukan main slim kau berbanding tahun lepas" Kata Jiwoo lagi. "Yah!! Kau perli aku kah?" Heejin menjuihkan bibirnya sedikit kecewa. "Ahh arasseo mian" Jiwoo membalasnya, kemudian menarik Heejin dan Chaewon ke arah papan kenyataan. Nama mereka dicari dari atas ke bawah.

"Aku kelas 3-1" Jiwoo menjerit keriangan sebaik sahaja melihat namanya. Chaewon dan Heejin turut mencari nama mereka.

"Eo? Aku kelas 3-1 juga" Chaewon berkata.

"Nado" Sepatah Heejin pula dengan raut wajah terkejut.

"Ahhhh!!!!" Mereka bertiga menjerit dan melompat keriangan. Perasaan gembira semakin membuak-buak dalam diri Chaewon apabila melihat nama Hyunjin juga merupakan rakan sekelas dengannya.

[OG] Hear Me - [내게 들려] 👂 [Kim Sunwoo]Where stories live. Discover now