3 - KARINA

14.8K 749 14
                                    

"DaDa..."

Karina terus meluru masuk ke dalam bilik tidur yang luas itu untuk mendapatkan Dato Andika sebaik saja dia dan Erik tiba di rumah.

"DaDa..." air mata Karina tumpah setelah melihat datuknya sedang baring terlantar di atas katil.

Tubuh orang tua itu dipeluk kejap bersama tangisannya yang masih berlagu sayu.

"Karina, kenapa ni?" Dato Andika membelai rambut hitam ikal cucu kesayangannya.

Datang saja di rumah, terus menangis seperti ini.

"Erik?" tanyanya pula Erik yang hanya diam berdiri di sisi katil. Wajah lelaki itu juga tampak risau.

"Cik Yah call Karina tadi dia bagitahu DaDa tiba-tiba pengsan dekat ruang tamu. Karina risau tau." jelas Karina dalam tangisan.

Dato Andika ketawa sambil menggeleng kepala.

"Kenapa DaDa gelak? Orang tengah risau, dia boleh gelak macam tak ada apa-apa." cemberut wajah Karina setelah mendengar tawa yang meletus dari mulut orang tua itu.

Apa yang lucu sangat tentang penjelasannya tadi?

"DaDa tahu tak Karina ni dari dalam kereta sampai ke sini menangis tak henti. Erik sampai tak dapat nak fokus memandu dengar dia asyik menangis." sampuk Erik pula di sisi katil.

"Abang Erik pun sama. Kalau dah sampai DaDa pengsan tu siapa je yang tak gelabah? Nasib baik ada Cik Yah dekat rumah. Kalau tak ada, siapa yang nak tolong tengokkan DaDa." kedengaran suara Karina benar-benar risau.

Di saat dia menerima panggilan dari Cik Yah, jantungnya seperti mahu gugur setelah mendengar khabar tentang keadaan Dato Andika. Macam-macam perkara yang bermain di fikirannya sepanjang perjalanan Karina ke rumah.

Dia enggan penyakit jantung yang dihidapi Dato Andika kembali menyerang orang tua itu lagi. Karina belum siap mahu kehilangan Dato Andika.

Tidak, perkara itu tidak akan pernah terjadi. Tidak sesekali.

"Tapi sekarang DaDa dah okay kan? Dah, dah tak payah lah menangis macam ni lagi. DaDa dah okay. Belum mati lagi." terbeliak mata Karina dan Erik.

"DaDa." serentak Karina dan Erik bersuara.

Datuknya ini memang kan? Pasal mati pun boleh bawa bergurau lagi.

"Ni nasib baik ada Uncle Zain masa DaDa pengsan tadi." Dato Andika pandang Tengku Zain yang sedang berdiri di sisi katil sebelah kirinya.

"Eh, uncle Zain?" Erik baru menyedari kehadiran orang tua itu di situ.

Dia juga sama seperti Karina. Terlalu risau akan keadaan Dato Andika sehingga tidak perasan dengan suasana di sekeliling. Tapi yelah, dia kan lelaki, mana boleh terlalu menunjukkan reaksi.

"Uncle sihat?" Erik menyalami tangan Tengku Zain sebaik saja dia menghampiri orang tua itu.

"Alhamdulillah sihat. Kamu sihat?" tanya Tengku Zain pula.

"Sihat. Pagi tadi Erik baru je jumpa dengan Kaizer di office dia." ceritanya pula.

"Ya, ya. Kaizer ada bagitahu uncle. Katanya kamu nak discuss pasal projek kamu dengan dia kan?" Erik hanya mengangguk kecil.

"Zain..." Dato' Andika bangun dari pembaringan. Karina yang masih di sisinya pantas membantu orang tua itu menyandar pada kepala katil.

"Inilah cucu aku yang cerita dekat kau tadi." bahu Karina diusap lembut sambil memandang Tengku Zain.

Karina memandang wajah Dato' Andika dengan riak hairan. Seterusnya pandangannya terus dileretkan pada Tengku Zain pula.

Huh? Mengumpat aku ke?

KARINA Where stories live. Discover now