32 - KARINA

17.6K 834 35
                                    

Mata dicelik perlahan. Ruangan kosong disebelah membuatkan kepala Tengku Kaizer terangkat sedikit. Tiada Karina di sebelahnya. Perlahan tubuh sasa itu bingkas bangun dan disandar pada belakang katil.

Rambut disisir ke belakang lalu memerhati keadaan bilik tidur yang dikongsi bersama Karina. Kelibat gadis itu tidak kelihatan. Bilik air juga kedengaran sunyi. Mungkin gadis itu sudah turun bersarapan bersama keluarganya di bawah.

Lagipun hari ini Tengku Kaizer bercuti jadi mungkin kerana itu juga Karina tidak mengejutkannya.

Akhirnya, hari ini Tengku Kaizer dapat berehat sebentar daripada kesibukan bekerja. Tubuhnya letih. Begitu juga dengan mindanya. Perbualan dia bersama Rachel semalam hampir membuatkan Tengku Kaizer tidak dapat tidur malam.

Dia rasa terganggu.

Mengapa Rachel boleh bersikap sejauh itu?

Jadi selama ini Rachel tahu perasaan yang Tengku Kaizer simpan untuk dia? Tapi kenapa baru sekarang Rachel mahu berterus terang?

Ah! Memikirkan hal itu membuatkan kepala Tengku Kaizer rasa ingin pecah. Tengku Kaizer menggeleng kepala. Hari cuti begini dia harus merehatkan diri. Bukan memikirkan perkara seperti ini.

Mungkin sekarang Rachel sedang tertekan jadi sebab itulah dia bersikap sebegitu.

Ya.

Tawa meriah dari luar Villa mula menarik perhatian Tengku Kaizer. Telefon bimbit di tepi katil diambil untuk memeriksa jam sebelum kaki menuruni katil.

Langkah Tengku Kaizer dibawa menuju ke beranda bilik tidur. Rasanya suara-suara itu datang dari halaman luar villa milik keluarganya.

Kelihatan Tengku Selena dan Tengku Gabriel sedang berkejaran di sekeliling halaman rumah.

Macam biasalah tu. Mesti Gabriel tak habis-habis hendak mengusik Selena. Tengku Zayn dalam dunia sendiri dengan surat khabar di tangan. Tengku Marwa pula dengan suara bebelannya yang pening melihat anak-anaknya yang langsung tidak matang. Semua itu pemandangan yang biasa Tengku Kaizer lihat sebelum ini.

Tapi sekarang, ada perbezaan sedikit. Kini kedengaran suara tawa Karina turut memeriahkan suasana pergaduhan Selena dan Gabriel. Malah suaranya lebih besar dari jeritan Selena yang geram dibuli Gabriel.

Apa yang kelakar sangat tengok orang bergaduh tu pun Kaizer tak faham.

Tengku Kaizer menggeleng kepala dan tanpa sedar bibirnya mengoyak senyuman lebar memerhati reaksi Karina.

Perempuan aneh!

"Kai, buat apa sengih sorang-sorang dekat atas tu?! Jomlah turun bawah. Kita sarapan sama-sama." tegur Tengku Marwa menyedari kehadiran anak sulungnya di beranda tingkat atas.

"Haah, Kai. Sambil-sambil tu boleh lah tengok adik-adik Kai bergaduh macam kucing dengan anjing dekat bawah ni." sempat Tengku Zayn menyindir.

Tengku Kaizer hanya senyum sebelum melangkah masuk semula ke dalam bilik tidur.

"Mummy, Karina naik atas dululah. Kai dah bangun tu." beritahu Karina segera mengangkat punggung.

Dah rindu pula dengan suami sendiri. Hiks!

"Iya lah. Nanti ajak Kai sarapan di sini." pesan Tengku Marwa.

Karina angguk kecil tanda menurut. Langkah kakinya sedikit pantas untuk masuk ke dalam villa dan menuju ke bilik tidur mereka.

Sebaik saja tiba di bilik, Tengku Kaizer kelihatan sudah lengkap dengan pakaian sukan. Seluar tracksuit hitam Nike dengan t-shirt putih jenama yang sama dan dipadankan bersama sportwear jacket berwarna hitam.

KARINA Where stories live. Discover now