43 - KARINA

23.7K 1.1K 165
                                    

Malam ini sangat hening. Tiada bintang-bintang yang menghiasi dada langit. Karina mendongakkan kepala. Walau tidak ada bintang yang mengindahkan tapi waktu malam masih kelihatan cantik.

Karina memejamkan mata.

Dia rasa sedikit tenang setelah melalui hari-hari yang merumitkan. Angin pada malam ini juga seakan memujuk hatinya untuk reda seketika dari rasa berkecamuk.

Ah, jadi begini rupanya rasa putus cinta ya? Dahulu sewaktu dia kecewa disebabkan Daniel, perasaannya tidaklah sehancur ini.

Kedengaran pintu bilik tidur dibuka dan serentak kepala Karina turut berpaling. Kelihatan Tengku Kaizer masuk ke dalam bilik tidur mereka. Jam ini memang kebiasaannya waktu Tengku Kaizer pulang dari kerja.

Karina menarik nafas sebelum berjalan dari beranda bilik untuk menghampiri Tengku Kaizer.

Lelaki itu sedang duduk di birai katil sambil tangannya sibuk membuka kot baju.

"Kai..." tegur Karina. Dia juga turut duduk di sebelah Tengku Kaizer.

Tengku Kaizer memandang Karina seketika sebelum mata beralih mahu membuka butang pada hujung bajunya.

"Saya nak cakap sikit boleh?" soal Karina.

"You nak cakap fasal apa? I nak mandi ni." balas Tengku Kaizer.

"Saya nak cakap benda ni sekarang. Takut nanti tak sempat." beritahu Karina perlahan.

Tengku Kaizer mula memandang ke arah Karina lagi. Kening dijongket tinggi tanda tidak mengerti.

Karina memejamkan mata sambil menghela nafas berat.

"Lepaskan saya."

Tengku Kaizer terus berdiri tegak. Darahnya menyirap naik mendengar sebaris ayat itu.

"What do you mean?!"

Karina menggenggam kedua belah tangan. Air mata yang hampir mengalir cuba di tahan.

"Apa maksud you, Karina?! Jawab soalan I?!" suara Tengku Kaizer tinggi.

Karina turut berdiri. Tangan suaminya digapai.

"Saya minta maaf, Kai." esakan kecil mula kedengaran.

"Kalau lah dulu saya bermati-matian tolak permintaan DaDa dan saya dengar cakap awak, kita takkan jadi begini. Betul apa yang awak katakan. Cinta tak boleh dipaksa dan saya sedar yang saya tak boleh paksa awak cintakan saya sedangkan hati awak masih kepunyaan orang lain."

Tengku Kaizer mendecit sinis.

"Apa yang you sedang merepek malam-malam buta ni, Karina? Dah cukup. I don't want to talk about this anymore." Tengku Kaizer mula membuka langkah namun sempat dihalang Karina.

"Please, Kai. Dengar dulu." pinta Karina.

Tengku Kaizer mendengus berat. Apakah Karina tidak sedar bahawa dia hampir hilang nyawa mendengar permintaan tidak masuk akal itu tadi?

Lepaskan dia?!

"Saya rasa dah tiba masanya untuk kita bawa haluan masing-masing. Saya tak nak seksa hati dan perasaan saya sendiri. Dan yang lebih penting saya tak nak orang saya sayang tak bahagia."

"Awaklah kebahagiaan saya, Kaizer. Saya cintakan awak lebih dari apa yang awak tahu." pipi Tengku Kaizer disentuh lembut.

"Kalau you rasa I adalah kebahagiaan you, kenapa you nak I lepaskan you? Why? Why, Karina? Why? Tell me?" bahu Karina digoncang perlahan.

"Sebab saya tahu awak tak akan pernah bahagia bila bersama saya. Apa ertinya kebahagiaan yang saya miliki kalau awak sendiri tak rasa semua itu. Itu tak adil untuk awak. And it hurt me a lot, Kai. Saya tak nak seksa awak lagi. Lepaskan saya dan cari kebahagiaan awak sendiri. Cukup hampir satu tahun kita berkahwin, awak menderita kerana terpaksa hidup bersama dengan orang yang awak tak cinta."

KARINA Where stories live. Discover now