47 - KARINA

31.7K 974 67
                                    

Setiap suapan Karina, Tengku Kaizer perhatikan tanpa jemu. Sesekali bibirnya mengukir senyuman membuatkan Karina menjadi hairan.

"Why? What's wrong? Ada something ke dekat muka saya sampai awak senyum sorang-sorang macam tu?" Karina melepaskan sudu di tangan lalu meraba wajahnya.

Tengku Kaizer tertawa pula. Kepalanya digeleng berkali.

"You cantik sangat. That's why." rambut Karina dielus lembut.

Tuhan, begini rupanya rasa jatuh cinta pada isteri sendiri ya? Tengok dia makan saja pun Kaizer boleh jadi angau seperti ini.

Karina ketawa kecil. Terasa ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya.

"Sedap sup ayam ni. Siapa yang masak? Mummy ke?" puji Karina. Nasi yang di makannya hampir licin kerana sup ayam itu. Berselera betul.

"I yang masak." jawab Tengku Kaizer.

Karina mengangkat kening tinggi. Tak sangka rupa-rupanya selama ini suaminya pandai memasak.

"Sedap sangat. So lepas ni malu lah saya nak masak untuk awak. Mesti selama ini awak tak selera kan makan masakan saya? Tak sedap langsung." beritahu Karina lagi.

"I rindu sangat nak makan masakan you, Karina. Selama you tak ada, I mengidam nak makan tom yam putih yang you selalu buat untuk I. And..."

"I rindu nak 'makan' you juga." bisiknya di telinga Karina. Sempat pipi Karina dicium.

Wajah Karina automatik menjadi merah.

"Gatal!" perut Tengku Kaizer dicubit geram.

Lelaki itu tertawa kecil. Wajah Karina kelihatan sangat comel apabila malu.

"Bak sini bekas tu." bekas makanan yang sudah kosong itu Tengku Kaizer ambil dari tangan Karina lalu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Karina.

"Sayang..." Tengku Kaizer meraih tangan Karina pula. Sesekali kekura tangan isterinya diusap lembut.

Karina cuma diam memerhati perlakuan Tengku Kaizer.

"Lepas you keluar dari wad petang ni, you terus balik rumah kita kan?" soal Tengku Kaizer penuh berharap.

Karina senyum kelucuan.

"Hampir dua minggu I tidur sorang-sorang. Tak ada orang peluk I. No good night kiss. Tak ada yang kejutkan I every morning. I rindu bau shampoo you lepas you guna bilik air. I juga rindu muffin chocolate chip yang you selalu bake untuk I. Every details of you, sayang. I rindu. Balik dengan I ya?" rengek Tengku Kaizer manja. Sungguh dia rindu akan semua itu.

Karina terharu. Tak sangka Kaizer boleh ingat setiap rutinnya dahulu apabila bersama lelaki itu.

Karina angguk laju. "Iya, sayang. Saya balik. Saya pun dah rindu sangat dengan rumah kita."

"Rumah saja? I, you tak rindu?" soal Tengku Kaizer seakan mahu merajuk.

Karina ketawa lagi. Pipi suaminya diusap lembut.

"Rindu. Saya selalu rindu awak, Kaizer. Awak ingat senang ke untuk saya berjauhan dari awak? Saya tak boleh tau." beritahu Karina bersungguh-sungguh.

Tengku Kaizer senyum gembira.

"Me too, baby. So lepas ni jangan larikan diri lagi I, okay? You know I akan cari you sampai dapat."

Karina angguk laju. "Janji tak lari lagi dah."

"Mana dia?!"

Suara dari luar serentak mengejutkan Karina dan Tengku Kaizer dari dalam bilik tersebut. Tidak lama selepas itu, pintu bilik wad di buka dengan kasar.

KARINA Where stories live. Discover now