03

246 35 30
                                    

Gempa cuba untuk menumbuk Tsuchi tetapi tumbukannya berjaya dihalang dengan mudah. Tangannya yang digunakan untuk menumbuk Tsuchi tadi tidak dapat bergerak kerana digenggam kemas.

"Takkan ini saja kau boleh buat Gempa."

"Cepat tunjukkan apa yang kau mampu buat."

Tsuchi menghempas Gempa ke tanah dengan kuat sehingga terdapat rekahan di sekelilingnya. Gempa cuba untuk bangun semula tetapi dia ditendang dengan kuat lalu tercampak jauh dari situ.

Dengan perlahan-lahan Gempa bangkit semula.  Kepalanya ditundukkan menyebabkan matanya ditutup oleh rambutnya.

"Kalau ayah dah cakap macam tu..."

"Jadi saya takkan berlembut lagi!!!"

Gempa tiba-tiba hilang daripada pandangan Tsuchi. Dia sedikit tergamam dengan kelajuan Gempa yang meningkat secara drastik itu. Tiba-tiba, Gempa muncul di belakangnya lalu melayangkan satu tendangan yang kuat kearahnya.

Dia terdorong sedikit ke hadapan disebabkan impak yang diberikan oleh Gempa. Tsuchi tersenyum melihat peningkatan anak angkatnya yang semakin maju itu.

Dia menepuk-tepuk bajunya yang konon ada sedikit kotoran itu. Kemudian, dia berjalan perlahan-lahan ke arah Gempa yang memandang datar ke arahnya.

"Heh, boleh tahan."

Daripada berjalan secara perlahan, langkah Tsuchi mula menjadi semakin laju.

"Agak-agaknya kau mampu tak..."

Dia melompat tinggi ke udara. Tangannya digenggam dengan cukup kemas.

"TAHAN YANG NI!!!"

Tsuchi melepaskan tumbukan yang kuat ke arah Gempa. Malang sekali, Gempa berjaya mengelak tumbukan itu di saat-saat akhir. Tumbukan yang tersasar itu menyebabkan satu lubang yang amat besar terbentuk.

"Nasib baik aku sempat elak. Kalau tak, memang patah riuk tulang aku." Desis Gempa sambil bersweatdrop.

Sedang Gempa masih terleka, tiba-tiba Tsuchi telah berada di belakangnya. Gempa yang baru meyedari kehadiran lelaki itu terus menahan tendangannya yang sangat padu itu. Tsuchi terus menyerang Gempa bertubi-tubi tanpa memberikannya masa untuk berehat.

'Ughhh...tak boleh jadi ni. Kenapa dia serang aku macam tak ada hari esok ni?'

'Dia nak paksa aku sampai limit aku habis ke ?'

'Aku kena habiskan benda ni cepat! Fikir Gempa, fikir! Macam mana kau nak lawan serangan padu dia?'

"HUWAARRRGGHHHHHH!!!!"

Gempa tersentak daripada lamunannya. Mata membulat apabila melihat aura yang dikeluarkan oleh Tsuchi.

"Jangan ingat aku latih kau selama ni untuk suka-suka sahaja Gempa."

"Aku nak kau mampu jaga diri kau nanti elok-elok."

"Aku tak boleh ada dengan kau selalu, Gempa."

"Tempat kau yang sebenarnya bukan di sini, dengan makhluk macam aku."

"Jadi aku minta tolong sangat pada kau..."

"Tolong jadi lebih kuat untuk semua orang!"

Tsuchi mula meluru ke arah Gempa dengan kelajuan penuh. Dia cuba menendang Gempa tetapi kakinya telah dipegang dengan kuat. Gempa terus menumbuk perut Tsuchi dengan tangan sebelahnya menyebabkan mereka berdua tercampak jauh.

Sekali lagi mereka berdua meluru dengan laju. Masing-masing tidak mahu mengalah. Pertarungan antara mereka berdua semakin hangat.

"Nampaknya aku dah tak payah risau pasal close combat dengan Gempa dah." Kata Tsuchi sambil menutup matanya.

The Lost Princes | BBB |Where stories live. Discover now