Bab 2

3 1 0
                                    

#IHeartYou

🍥Bab 2 🍥

Satu persatu slide terpapar. Penerangan yang di beri pun lancar dan  tersusun  hinggakan wanita berambut pendek  yang duduk di hujung meja sana tampak puas hati.

Dan bila semuanya telah selesai, lampu di ruang mesyuarat kembali terang semula. Mata yang ada di situ pun tertumpu ke arah pengarah urusan The Mugs. Meskipun wajah nampak serius, tambah dengan potongan rambut ala-ala tomboy. Tapi! Masih juga tampak femini. 

Orang kata, kalau orang cantik pakai apapun cantik. Begitulah pandangan para staff The Mugs setiap kali pandang majikan yang mesra di panggil Azka.

“Untuk design ni, saya puas hati, “
Mendengar perkataan yang keluar dari mulut pengarah urusan The Mugs itu, semua menarik nafas lega.

“Tapi,”

Ada tapi? Semua seolah mengungkapkan soalan yang sama meskipun tiada siapa yang berani bersuara.

“ 2 minggu. Saya tak nak hulur masa lagi. Cawangan ni kena buka serentak dengan cawangan kat kubota sentral tu.” Tambah Azka. Dia yang tadinya bersilang kaki melatakkan fail di atas meja. Kemudian kedua tangan yang bersulam, dia letakkan di atas meja.

“Boleh atau tidak?” Soalan pendek itu , Azka lemparkan. Semestinya hanya ada dua pilihan, Itulah gaya pengarah Urusan berusia 28 tahun ini berkerja.

“Boleh Cik Azka, tak ada masalah.” Salah seorang staff yang membuat pembentangan tadi memberi jaminan,

“Okey, pastikan minggu depan bagi saya tentatif majlis pelancaran.  Untuk sesi bersama penulis, saya rasa tak perlu”

“Tak perlu?” Soal staff yang menguruskan bahagian promosi.  Dia agak terkejut sebenarnya sebab inilah salah satu tarikan utama dalam majlis pelancaran itu nanti

“Bajet terlalu tinggi untuk tu.  Nak terbangkan dia dari indonesia semata-mata untuk majlis pelancaran sebuah cafe, saya rasa tak berbaloi” Tutur Azka. Fail yang ada di atas meja dia capai lantas menulis sesuatu di helaian kertas yang ada di situ.

“Tapi Cik Azka , Penulis ni yang tawarkan diri. Malah dia kata tak akan kenakan kita sebarang cas. Perbelanjaan untuk hotel, juga pengangkutan pun  dia akan tanggung sendiri. ”

Sejenak,pen di tangan Azka terhenti. staff yang menguruskan bahagian promosi dia pandang.

“Maksud awak, dia buat dengan free?”

Staff tersebut angguk. “Ini peluang kemasan Cik Azka. Kaktus seorang penulis yang popular”

Sebut perkataan popular, bibir Azka menutur ayat yang dia saja boleh dengar. “Bukan saja popular tapi sangat popular.”

“Karya novelnya yang di adaptasi ke drama sangat hit sekarang. Malah semua pengguna sosial rata -rata hangat memperkatakan sinetron bertajuk I Heart You. Ini peuang terbaik kita untuk menarik lebih banyak perhatian ke majlis pembukaan tu nanti,”

Fakta  itu, memang tak dapat Azka sangkal. Semuanya memang menguntungkan bagi The Mugs, Nak tolak pun, Azka tidak miliki alsan yang kukuh.

“Okey, kalau dia nak datang free. Teruskan”
Dengar saja kata persetujuan yang di keluarkan oleh Azka. Hari itu juga staff bahagian promosi  mula membuat kerja. Nama The Mugs tranding di sebabkan Kaktus bakal mengadakan sesi bertemu peminat di hari pembukaan cawangan terbaru cafe tersebut.

“Bila tarihknya tu?” Sambil tangan ligat mengemas rak laporan pesakit,  Nurse yang ada di kaunter mula membuka cerita. Doktor yang bertugas on call pun apa lagi, curi dengar lah. Lagipun pada waktu malam begini, bila tak ada sebarang isu yang berbangkit, keadaan wad memang aman damai saja.

“16 hari bulan, confirm ramai orang” Ujar salah seorang jururawat yang ada di situ.

“Tak apa, aku suruh anak bujang aku tu ambil barisan awal pagi” Kata  Saleha, yang merupakan antara senior staff nurse yang lama juga bertugas di wad pembedahan wanita.

“Uissh, minat sangat tu kak, Sampai  sanggup datang awal pagi?”

“Minatlah Doktor, sinetron I heart you tu saya sanggup rakam tau doktor. Balik kerja, tu je yang saya hadap sebelum tidur. Lagipun…. mana tahu dia ada jual novel sekali? Tak sabar nak tahu ending ni.”

“Amboi, Kak saleha memang hardcore fan lah, Tapi...kalau ada, tolong belikan untuk saya sekali boleh?”

Gelak Anis. Lelaki yang bercakap itu dia pandang. “Doktor Ramesh kita ni minat sinetron juga rupanya.”

“Bukan sayalah, saya punya Amma. Hari-hari dia suruh saya pesan online itu novel.”

“Amma ke boss? Bukan girlfriends?” Sampuk Farid. Salah seorang Housement jugak. Sama seperti Doktor Soon. Bezanya doktor Farid dah 12 bulan menyandang gelaran housement ..

“Pandai awak sakat saya eh. Nanti pesakit katil 12 tu awak yang present kat Doktor Khall.”

Sebut saja nama specialist yang satu itu,  Farid terus mati kutu. Sengihannya pun melebar.

“Janganlaj macam tu boss, Kan Anis yang patut buat”

Anis dan staff nurse Saleha gelak.

“Tau takut, tapi dengan saya awak tak takut” Tutur Ramesh, meskipun begitu senyuman tipis masih terlihat di bibirnya.

“Mestilah takut, tapi dengan Doktor Khall takut lebih sikit bos.”

“Sebut nama, tu doktor Khall dah datang” sebut Saleha.

Apa lagi, semua Housement haru biru capai log book masing-masing dan buat seketika perbincangan mengenai sinetron tertunda seketika.

“Keputusan darah dah collect? Ada sebarang isu ke?” itu antara soalan yang keluar dari mulut Khalled, Serius dia meneliti laporan pesakit. Para doktor housement pula tekun  dengan nota masing-masing di tangan.

“Tengok dari laporan, tak ada isu besar boss, cuma tekanan darah dia agak tinggilah bos. Selain tu, overall shoul be fine. Luka pun dah tak bleeding dah” Lancar jawapan Anis. Sementara Ramesh sekadar menjadi pemerhati di belakang. Kalau-kalau doktor bawa seliannya ada buat silap.

“Okey, 155 over 86. Tingggi ni.” Tutur Khalled  sebelum dia menekan bekas Hand sanitizer. Sapu kat tangan Kemudian dia mendekati katil pesakit.

“Pakcik, maaf. Saya periksa luka sekejap eh” beberapa minirt, ujian klinikal Khalled lakukan sebelum beberapa soalan dia ajukan ke arah pesakit.

Selesai semua itu, beberapa perkara dia tulis dalam helaian laporan   dan tika itu….

“Leta Azka…”

Laju Khalled berpaling. Meliar matanya mencari punca suara yang menuturkan sebaris nama itu. Entah, mungkin hanya halusinasinya saja tapi fikrannya tak dapat nak elak dari memikirkan seraut wajah gadis empunya nama tersebut.

🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾
🐢selesai bab 2 korang mesti dah tahu kan hero &heroin
SO, apa predictions
(ecceh, guna bahasa inggeris pulak 🙊)
untuk bab 3.

Kalau ada boleh bubuh kat komen k...
Tapi kalau masih kabur lagi....tak apa. Tunggu bab 3 pulak.😉

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Heart YouWhere stories live. Discover now