26

61 12 10
                                    

"Haeun, kau tolong ambik fail pesakit aku jap" Junyeon bersuara sambil melihat ke arah telefon.

"kejap aku ambik"

Fail dihulurkan. Fail yang jelas tertera nama 'Choi Beomgyu' itu dibuka dan dibaca. Setiap info perincian di baca dan difahami.

"apesal kadar pernafasan dia makin perlahan? Denyutan nadi dia pun tak normal. Takde kaitan dengan mental dia pun.. Aku kena tanya Eunwoo pasal ni" Junyeon menutup fail dan mencari kelibat lelaki yang digelar 'Eunwoo'.

"Eunwoo!"

Terus Eunwoo berpaling.

"ah, sunbae?"

Junyeon tersenyum. "tak payah sunbae bagai kita sama umur. Walaupun aku doktor kau intern" Eunwoo mengangguk kekok.

"kau urus selidik bab hal rekod kesihatan kan?"

Eunwoo mengangguk laju. Takut kena marah kot.

"ni, kau hadam fail ni. Bila kau dah tahu dia sakit apa, jumpa aku dekat bilik aku. Faham? Kalau kesihatan dia kait virus, jumpa si Haeun tu."

Laju Eunwoo mengangguk. Terus Junyeon ke biliknya untuk bersiap pulang.

Tapi, semestinya sebelum dia balik. Melawat Beomgyu dulu. Macam tak biasa

+×+

"Kadar pernafasan dia tak stabil. Panggil doktor, cepat!"

Suara kawan baik Sinheon mula didengari. Soobin terus keluar dari wad tersebut. Nasib sahaja Junyeon yang baru melintas disitu ternampak.

"Oppa, kenapa ni?"

"S-Sinheon, pernafasan dia tak stabil!"

Terus Junyeon memanggil salah seorang doktor senior yang dilatih bab pernafasan. Iaitu Doktor Jungkook. (ko jangan komen ape-ape eh, hensem ke ape ke, kan aku buat season 2 nanti.. Ko tengok perangai hanat si Jungkook tak pepasal 😂)

"Junyeon, hidupkan mesin tu 30zh (aku tak ingat nama mesin ala² sterika tu)" Junyeon terus melakukan semua arahan doktor tersebut.

"sunbae, saya ambil air IV kejap"

"encik, cik, boleh keluar? Kami akan usahakan untuk membantu pesakit"

+×+

"Dia.. Dah takde"

Yeonjun dan Taehyun berpandangan melihat Soobin yang masih diam berdiri kaku mendengar jawapan Junyeon.

"Kalau dia hidup pun, ia mungkin satu kejaiban. Maafkan kami" Jungkook pula bersuara dan mula beredar.

"kau tipu aku kan Junyeon?"

Junyeon melihat Soobin yang tersenyum senget itu. "Oppa, Sinheon betul-betul dah takde.." Soobin menggeleng perlahan.

"bagi aku masa"

Terus Soobin pergi dari kawasan itu. Sememangnya dia tak boleh terima hakikat bahawa Sinheon sudahpun pergi.

Sama ada sebab rakan..

Atau sebaliknya.

+×+

"Beomgyu kau... Tak rasa sedih ke?"

Beomgyu mengangkat kening. "bersimpati, mungkin.. Sedih? Aku lagi sedihkan Junyeon kena hadap aku. Pembunuh, Pemculik, Perogol dalam masa yang sama Mental" balasan Beomgyu buat Taehyun terdiam kata-kata.

✔️Mental-Istic [CBG]Where stories live. Discover now