02

110 25 52
                                    

"kalau nak dibandingkan sikap Sinheon dengan Junyeon lebih kurang je. Beomgyu tu tak akan tak sedar muka, suara sama kan?" San menyoal Jisu. Choi Jisu atau nama orang puteh dia ialah Lia, hanya mengangkat bahu.

"Jisu pun tak faham kenapa Beomgyu macam tu. Bayangkan nanti sepupu keluarga Jung dia tu datang. Dalam biliklah jawapnya" keluhan di bibirnya kedengaran. Mereka risau, kalau sikap Beomgyu ini berterusan, bagaimana bila dia di unversiti nanti?

"Annyeong! Kang Taehyun yang hensem lagikan macho datang melawat!" San menggeleng. "sapa ajar Taehyun cakap macam tu?" Taehyun yang innocent dan cute itu menggaru kepala dan memandang Yeonjun.

"Yeonjun hyung kata, lelaki kena menunjuk tentang rupa dia. Taehyun cakap lah macam tu" nak ketawa si San dengar. Umur Taehyun sama seperti Beomgyu.

"mana Beomgyu?"

"kenapa?" soal Jisu. Taehyun hanya mengais kakinya. "Taehyun nak berkawan dengan Gyu. Tapi Gyu taknak kawan dengan Taehyun. Taehyun ni budak nakal ke hyung? Noona?" San dan Jisu berpandangan. Dia kesiankan juga Taehyun. Taehyun memandang rapat dalam keluarga itu. Namun, itulah saja yang mereka mampu.

Biarkan.

"nanti, bila Taehyun dah besar, Taehyun kawanlah dengan Beomgyu" ucap Tuan Choi yang datang menyelit dari arah pintu utama. "Jjinja ahjussi?" soal Taehyun dengan mata yang teruja. Perlahan Tuan Choi mengangguk. Bersorak gembiralah Taehyun.

"Hyung, betul ke Beomgyu akan berubah juga besar nanti?" Yeonjun menyoal perlahan. "molla." San mengeluh. Soobin dan Yeonjun terus bermain bersama Taehyun.

Tuan Lee hanya memberi isyarat supaya diam. Kanak-kanak ni ada yang innocent, ada yang diluar jangkaan. Jadi, mereka tak boleh hadapi perkara sebenar lagi.

Mereka perlu ditipu, sebab jika diberitahu kebenarannya, mereka akan kecewa dan mereka tak sepatutnya berperasaan begitu.

+×+

"Kai, Kai! Nak tahu tak, Yeon dah ada kawan baru~" Hueningkai hanya tersenyum. "baguslah Yeon ada kawan. Nanti kenalkan dekat Kai tau! Boleh kita main ramai-ramai" Junyeon laju mengangguk.

Sebuah mata memerhatikan mereka. Bukan Hueningkai tapi sasarannya ialah Lee Junyeon. Budak itu rasa bukan perasaan bersalah namun sengaja.

"mianhae Junyeon-ah. Saya terpaksa"

+×+

"ah, Puan Jung, Tuan Jung" perlahan Tuan Choi dan Puan Choi tersenyum. "eomma, Kai nak jumpa Junyeon. Rumah dia dekat je dari sini" Hueningkai merengek.

"ye, ye. Ajak lah sepupu-sepapat kamu tu" Puan Jung menggeleng. Jung Kai ni, memang banyak songeh.

"Lee Junyeon ke maksud Kai?" soal Yeonjun. Laju Kai mengangguk. "dia kawan taska sama dengan Kai. Dia kawan baik Kai. Hyung kenal ke?" perlahan Yeonjun mengangguk.

"kaja kita jumpa Junyeon! Ajak Taehyun sekali" Kai tersenyum. Mereka mengangguk.

Beomgyu hanya memerhati. Malas dia nak layan. Dia hanya menunggu Choi Sinheon datang kemari. Itu sahaja yang dia fikirkan.

+×+

"Wah, makin ramailah kawan Yeon!" Junyeon tersenyum. Eyesmile nya comel saja dilihat. Kai tersenyum. "sebenarnya, keluarga Choi tu sepupu Kai" Junyeon mengangguk.

"tapi, macam mana boleh jadi Jung?" perlahan Yeonjun tersenyum. "sebab, Jung ahjumma adik Choi ahjussi. Jadi, eomma Kai sebenarnya keluarga Jung, tapi Appa Kai ni nama dia Jung" terang Yeonjun.

✔️Mental-Istic [CBG]Where stories live. Discover now