29

47 8 33
                                    

Aku melihat lama ke arah Yeonjun. Yeonjun hanya mampu mengeluh perlahan. Aku dapat baca, dia risau. Amat risau.

"Kau akan buat pembedahan tu kan?"

Soalan itu bukanlah kali pertama aku dengar. Junyeon, Soobin, dan Kai juga menyoalkan soalan itu beberapa kali pada aku.

Bukan aku tak nak.. tapi, aku rasa tak berbaloi.

"Usaha tu kena ada Gyu, hyung pasti" San menambah. Aku hanya mengangguk dan menelan pil ubat yang diberi oleh doktor sebentar tadi.

"Aku dah lama bebankan orang... Biarlah kalini, aku sendiri yang selesaikan. Jebal?" Permintaan aku mudah bukan? Hanya tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Bukan begitu?

+×+

"Jangan kaitkan adik aku dalam hal ni"
Jungkook bersuara perlahan. Taehyung mengangkat keningnya perlahan.

"Dia dengan Eunwoo tu intern. Memang guarantee dia akan jadi doktor kat sini, but kau tahukan misi diorang apa, kan?" Taehyung bersuara agak tegas. Jungkook hanya melihat sekilas dan membaca fail-failnya.

"bukan aku taknak ambik kisah, Tae.. aku tak risau tentang adik aku.. aku fikirkan si Eunwoo tu. Aku tak rasa emosi dia stabil" Jungkook akhirnya membalas. Taehyung mengeluh di akhir ayat Jeon Jungkook.

"Choi Beomgyu... Kau ingat nama tu sampai mati, Tae... Aku tak akan lupa apa jantan tu buat dekat keluarga aku"

Taehyung hanya melihat Jungkook perlahan. Dia pasti bukan Haeun dan Eunwoo sahaja yang berdendam. Semestinya Jungkook tidak akan melepaskan lelaki itu.

Choi Beomgyu?

Adakah lelaki yang sama, dengan Choi Beomgyu yang mereka kenali itu?

Atau, ini hanyalah sebuah drama?

+×+

"Hueningkai, Jung Kai.. kan?"

Hueningkai perlahan berpaling. Senyuman jelas terukir di wajah Hueningkai. "Eunwoo, lama tak jumpa kau. Last dekat sekolah rendah tak silap" ucap Hueningkai

"Ye, aku jadi intern dekat hospital ni"

"Oh, maknanya kau dah jumpa Yeon lah?"

Eunwoo mengerutkan dahinya perlahan. "Maksud kau?" Soalan mula diajukan. Hueningkai muka ketawa kecil. "Lee Junyeon, ingat tak, dia pindah sekolah dulu? Yang bijak tu.." Hueningkai mula men'detail'kan Lee Junyeon.

"Lee Sunbae? Uishh aku tak sangka pulak tu Junyeon..." Eunwoo ketawa.

Dari jauh Jungkook hanya mampu melihat. Senyuman nipis terukir di bibir milik Doktor Senior itu.

"Lama betul aku tak nampak kau senyum macam tu"

+×+

"Bila Beomgyu akan buat pembedahan tu?"

Soalan Soobin kepada Junyeon buat Junyeon menunduk. "Yeon tak tahu sebab bukan Yeon yang ambil alih bab pembedahan" Soobin hanya mampu mengangguk tanda memahami keadaan.

Air kopi yang dipegang erat itu dihirup perlahan.

"Akhirnya, semua ni dah berakhir.."

Soobin memandang ke arah Junyeon perlahan. Kerutan di dahi mula kelihatan. Sememangnya Choi Soobin agak keliru dengan kata-kata Lee Junyeon yang berada di hadapannya.

"Gyu dah sembuh dari Mental dia... Janji Yeon dah ditepati" ucap Junyeon lalu memandang ke arah Soobin dengan sebuah senyuman nipis.

Soobin mula mengangguk dan tersenyum.

"Everything that start, always have their own end"

+×+

"jadi... Oppa still buru lelaki tu or..??"

San mengangkat bahu. Jisu hanya mencebik. Boleh dia jawab tak tahu? Bukan tu memang kerja dia?

"Yang aku tahu dia tu bermasalah dan aku tak suka dia... Mungkin dia tak suka aku jugak. Well, kitorangkan mafia"

Jisu mengamgguk tanda faham.

"Pukul berapa nak jenguk Gyu?" Soalan itu buat San tersenyum. "Lepas lunch kita pergi. Sebab Yeonjun yang jaga tadi" balas San perlahan.

San terus naik ke tingkat atas. Jisu yang asyik mengelap meja itu terhenti dan hanya melihat. "Hidup tak semestinya hanya perlu bahagia" Jisu menunduk.

Sememangnya dia mengenali abangnya itu. Walupun abangnya itu menyorokkan daripadanya.

Dia bukan Yeonjun, asyik sukan je, bukan Soobin asyik belajar... Bukan juga Beomgyu.

Dia Jisu.. dia satu-satunya anak gadis dalam keluarga itu. Dia seorang kakak. Dia juga bukan beza jauh sangat unur dengan San.

"Kalau lah aku mampu buat sesuatu..."

+×+

"Kau dah dapat maklumat yang aku nak?"

"Ya, tuan"

Lelaki itu mengangguk dan melihat ke arah Taehyun yang masih fokus dengan assignment yang diberi di universiti yang dituntut oleh mereka berdua.

"Taehyun, ko dah makan ke belum?"

Taehyun tersenyum kecil. "Tak payah risau. Aku dah makan. Kau tu makan, jaga diri. Asyik kerja je" Taehyun membalas.

Woozi yang berada di sebelah hanya tersenyum. "Tuan, ada apa-apa lagi?" Woozi mengajukan soalan.

"Nope... Kau boleh keluar"

+×+

"PERNAFASAN PESAKIT SEMAKIN PERLAHAN.. TERUS BAWA KE BILIK PEMBEDAHAN!"

Junyeon hanya mampu menolak katil itu masuk terus ke bilik pembedahan.

"Aku ambik alih"

Doktor Min, Min Yoongi terus memasuki bilik pembedahan tersebut. Junyeon menarik nafas dalam.

Dia hanya mampu bersetuju kerana itu bukan bidangnya.

Junyeon melihat dan memandang bilik bedah itu agak lama.

"Gyu... Kau kena kuat, aku tak mampu teman kau masa kau bedah sekarang... Aku hanya mampu sampai sini"

+Bersambung+

Ada orang marah? Sebab aku buat cerita and bab ni pendek?

Sorry lah idea takde hshshhshshs

Tq sebab still menunggu story ni hshshshsh

✔️Mental-Istic [CBG]Where stories live. Discover now