28

56 6 4
                                    

Junyeon berjalan terus ke wad Choi Beomgyu. Sekarang waktu lunch, dia fikir nanti susah dia nak melawat. Waktu lunch je selalu dia free.

Jam tangan dipandang sekilas. Masih sempatlah Junyeon untuk menjenguk Beomgyu sebelum menyambung kerjanya.

"Gyu, kau kena bagitahu Junyeon hal ni"

Tangan Junyeon terhenti daripada ingin membuka pintu tatkala mendengar suara garau milik Choi Yeonjun di dalam. Apa yang dimaksudkan oleh Yeonjun? Junyeon sendiri tak pasti.

"Gyu ada suruh doktor lelaki tu rahsiakan. Bila Gyu ready, Gyu bagitahulah Junyeon"

Suara Beomgyu membalas menambah kerutan di dahi milik Lee Junyeon. Apa yang mereka berdua bualkan? Sememangnya Junyeon ingin tahu tentang hal tersebut.

"Lambat laun dia tahu sendiri, dia kan doktor kat sini. Lagi-lagi dia yang ditugaskan jaga Gyu. Gyu... Benda ni tak boleh buat main-main" nada Yeonjun yang kedengaran risau bercampur tegang didengari jelas.

"Kanser? Setahun Gyu diam, okay je. Kalau takde orang buka mulut. Takde apa lah.."

Junyeon terus membuka pintu itu. Yeonjun dan Beomgyu laju berpaling untuk memandang ke arah pintu. Terkejut, tak sangka? Mungkin itulah persaan mereka berdua di situ.

"k-kanser?"

Suara gugup Junyeon buat Beomgyu hilang kata-kata. Lagi-lagi sejak dia tahu Junyeon mula melahirkan rasa sayang pada dirinya.

Dia tak mahu gadis itu terluka. Dia tak mahu lihat wajah risau gadis itu. Dia tahu, dia tak sepatutnya biarkan begitu saja.

"Junyeon... K-Kau salah faham ni" Beomgyu tersenyum dan bangun perlahan. Yeonjun hanya mampu melihat dan duduk diam di situ. Junyeon menggeleng.

"Gyu, kalau Gyu bagitahu aku awal, aku akan lebih peka. Kenapa Gyu diam? Kenapa rahsiakan dari aku? Aku ni... tak penting ke?" Laju Beomgyu menggeleng. "Yeon.. kau penting, cuma aku taknak bebankan kau. Jangan risau, ada doktor yang handle aku bab kanser aku ni" Beomgyu tersenyum nipis.

Junyeon mendekati. Dia tak tahu, apa perasaan yang patut dia rasai. Sakit? Sedih? Kecewa? Lega? Ataupun Bersimpati?

"Macam ni lah, aku tahu kau risaukan aku. Tapi kalini, aku taknak asyik bebankan kau. Kau pun, perlukan rehat. Kau tak rasa macam tu?"

Junyeon masih diam. Ini bukan yang diminta. Bukan juga yang tak diingini. Jika ia datang, harap agar pergi kembali.

Tapi kali ni, penyakit tu akan pergi dulu ke?

Atau...

+×+

"Hyung lah ni tanya pasal penyakit Gyu, tengok.. Yeon merajuk. Tak jenguk Gyu sampai sekarang" Beomgyu mencebik dekat aku.

Eh, dia ingat kanser ni demam chicken pox (entah la eja) ke apa? Boleh dia mencebik cam masalah ni tak besar.

Naseblah dia ni adik aku ༎ຶ‿༎ຶ
Kalau tak, dah lama makan penampor macam aku kasi dekat Hueningkai.. Jangan tanya aku kenapa aku pi tampar si Kai tu..

Aku menarik nafas dan menyandar ke kerusi dan memandang Beomgyu yang masih menanti reaksi aku pada cebikan dan keluhan dia.

"Mestilah Junyeon terasa... Sebab kau rahsiakan hal ni"

Beomgyu mengeluh. "Memanglah aku rahsiakan sebab tak akan semua benda aku nak harapkan Junyeon? Aku dah sembuh an, aku dah boleh fikir apa yang betul, apa yang tak" Beomgyu membantah lagi.

✔️Mental-Istic [CBG]Where stories live. Discover now