01

161 21 38
                                    

Junyeon memandang sebuah frame yang mempunyai gambarnya dengan seorang lelaki. Rindunya dia bersama lelaki itu.

Pemergian lelaki itu mengubah hidupnya 360 darjah.

Kenangan pahit dan manis selama tempohnya hidup hanya bersama lelaki itu. Walaupun kini dia sudah bahagia, dia masih berharap lelaki itu masih bersama dirinya.

+Flashback+

Aku perlahan keluar dari rumah. Bosan juga asyik terperap di dalam rumah. Aku membuka pagar dan keluar berjalan perlahan.

Mungkin aku keluar senyap-senyap ni confirm eomma dengan appa akan risau. So, kita ambil risiko je lah.

Beberapa kanak-kanak lain yang berkemungkinan sebaya dengan aku kelihatan asyik bermain.

"hai awak"

Aku terus berpaling.

?

Mengapa wajah dia pelanduk dua serupa dengan aku? Kenapa dia sama macam aku? Tak ke pelik, keluar rumah jumpa orang yang serupa namatey cam kita."nama saya Choi Sinheon. Nama awak apa?" dia memulakan bicara.

Senyuman diwajahnya diukir. Rambutnya yang ditocang dan pakaian baju dan jaketnya itu buat aku memandangnya agak lama.

"Nama saya, Lee Junyeon. Kenapa muka awak sama macam saya?" soalan itu dikenakan pada Sinheon. "eomma saya kata, dalam dunia ni, ada 7 orang muka akan sama dengan kita. Mungkin kita berdua tergolong sekali? Mana lah tahu" Sinheon tersenyum sehinggakan nampak gigi nya.

"umur saya 7 tahun. Awak?"

"saya 6 tahun! Maknanya Heon kena panggil Junyeon unnie lah kan? Unnie~ jom kita main dengan yang lain" aku mengangguk dan mengikut jejak langkah Sinheon.

Baru dapat kawan kejiranan huh?

+×+

"annyeonghaseyo, joneun Choi Soobin imnida" perlahan lelaki itu menunduk hormat. "patik pula Choi Yeonjun abang Soobin." drama si Yeonjun.

Umur Soobin ialah 8 tahun manakala Yeonjun 9 tahun. "yang tu pula siapa?" tangan kecil milik Junyeon menunjukkan ke arah seorang lelaki yang asyik membaca buku. "nama dia Choi Beomgyu, adik kitorang. Sama umur dengan Junyeon lah. Tapi dia jenis antisosial sikit" ucap Yeonjun.

Kerutan di dahi Junyeon dan Sinheon terserlah. "oppa, antiso..sayal? Sial?" Sinheon menggaru kepalanya. "eh, apa mention sial-sial ni? Nanti eomma dengar kena marah" Soobin bersuara. Nak tergelak Yeonjun.

Well, Yeonjun je baru nak masuk zon matang.

"antisosial, maksud dia orang yang tak suka bergaul dengan orang atau suka bersedirian" terang Yeonjun lagi jelas, dan nyata serta terang. Mereka bertiga mengangguk faham.

Perlahan Junyeon mendekati Beomgyu. "hai, nama saya Junyeon. Awak Beomgyu kan? Jomlah main sama-sama. Kita main kejar-kejar" mata Beomgyu langsung tak berganjak daripada buku yang dibacanya.

"aku tak akan main dengan orang yang aku tak kenal"

"tapi saya kenal awak"

Beomgyu masih statik. Bersikap seperti matang, namun umurnya masih muda sama sahaja seperti Lee Junyeon. "sombongnya. Nanti takde kawan awak yang bosan sorang-sorang. Bye" Junyeon meninggalkan Beomgyu.

Beomgyu langsung tak memandang Junyeon. Betul mungkin, sombong. Itu sajalah pemikiran budak-budak.

Tak layan je, sombonglah akan dilabel. Ataupun, berlagak.

✔️Mental-Istic [CBG]Where stories live. Discover now