💚N💚

946 130 66
                                    

💚 엔시티 일공일공 💚

———

"Awalnya kita bertolak huarghh~~" Haechan meregangkan badan sebelum kembali memeluk hyungnya, Mark. Dia seperti tidak terganggu dengan tindakan adiknya itu, mungkin sudah terbiasa.

"Semalam aku suruh tidur awal tak nak kan dah ngantuk. Kau pun sama Jeno, lagipun atok nak cakap something dulu" bebel Taeyong yang dipeluk oleh Jeno. Berbuih mulut dia suruh adik adik dia tidur semalam, kata nak main game sekejap la apa la. Last last pukul 4 pagi baru gatal nak tidur.

"Betul tu, aku yang syok bermimpi pun terjaga sebab dengar Taeyong hyung bebel dekat korang dua ni" Mark menjeling mereka berdua yang masih memeluk diri mereka.

"Hyung mana yang lain? Aku nampak Chenle, Jisung, Jaemin dengan Yangyang je" Jeno melepaskan pelukkan pabila Taeyong mencubit pinggangnya. Syakit ooo.

"Nanti sampai la, yang empat ekor tu pun tidur rumah atok semalam" terang Taeyong kepada mereka.

"CUCU CUCU KU SAYANG MEH LA BREAKFAST DULU SEMENTARA TUNGGU YANG LAIN. PASTU ATOK NAK CAKAP SIKIT NI!"

Semua yang ada diluar memandang kearah balkoni bilik atok mereka. Terselah satu figura berusia bersama megaphone ditangan. Nasib tempat tu takde jiran, kalau tak habis lah. Sebab terpekik pada pagi yang indah ni.

skip

"Atok nak tetapkan sesuatu" dipandang semua cucu lelakinya sorang demi sorang. Diorang pun dah cuak tu.

"Apa atok?" Jisung dengan muka polos bertanya.

"Nanti dekat sana atok tak nak korang bergaduh, bilik kena share dengan sepupu lain tak boleh dengan adik beradik. Pastu saling tolong menolong, faham?"

"Faham atok"

"Lagi satu atok dah letak cctv kat setiap ruang dan tempat yang korang tak akan nampak" tersenyum bangga Sooman disitu lepas tengok muka cemberut cucu teruna dia.

Padahal bukan ada pun HAHAHAHAHAHA maklum lah dia kedekut.

"Tuan, kereta dah sedia" pembantu Sooman atau di name tagnya tertulis Suho menghampiri ruang makan.

"Baiklah semua, jaga diri elok elok dan jaga sesama sendiri. Ingat cctv" Sooman berlalu keluar untuk terus ke pejabatnya.

Tanpa berlengah lagi, mereka pun pergi ke garaj di mana kereta yang dikatakan berada. Sesampai je mereka, mulut memasing semua ternganga luas. Kereta itu ditatap.

Seriously? Atok diorang sediakan empat buah kereta toyota vellfire luxury mpv??

"Pergh sempat eh dia gi shopping" komen Hendery kagum.

"Eh Yuta hyung ni bukan bahan keluaran dari syarikat appa hyung ke?" soal Renjun melihat kearah Yuta yang sedang meneliti kereta itu.

"Haah la" balas Yuta.

Semua jakun kejap sebelum Doyoung bersuara.

"Bila nak bertolaknya ni?" muka bergini '-_-' diberikan kepada yang lain.

"Jom kita bahagi dulu, kereta satu enam orang, kereta dua enam juga, kereta tiga pun enam dan kereta empat lima orang. Dan pastikan setiap kereta ada yang boleh memandu, kang dapat kat budak budak bawah umur ni naya nanti" Taeil selaku paling tua membuat rancangan dan mereka semua pun macam setuju je.

Dia berlalu masuk ke kereta satu diikuti Jungwoo, Mark, Yangyang, Jeno dan Winwin.

Kereta dua pula ada Yuta, Johnny, Ten, Jaemin, Hendery dan Jisung.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now