💚O💚

466 82 31
                                    

💚 엔시티 일공일공 💚

———

"Yay keluar lagi!" Mereka kini tiba di pantai atas permintaan maknae maknae pungut mereka itupun atas dasar semalam punya hal. Walaupun pantai tu terletak nun di depan vila, ceh. Alang alang tu  boleh la cari jodoh sorang ha ewah!

"Anak anak—"

"Siapa anak kau? Dah la tak hensem"

"Entah dia ni, muka pun macam penyangak ada hati nak jadi bapak aku heh"

Taeil berlari pergi selepas mendengar kata kata sebegitu dari Doyoung dan Winwin. Tapi baru beberapa langkah dia patah balik semula ke arah mereka. Dia tau takde siapa nak kejar dia. Sadis hidup kau bang bulan.

"Ok lah, hyung nak pesan. Jangan pergi merata sesorang kang sesat nanti pastu jangan nak menggatal faham" Taeil menyambung percakapannya yang dipotong tadi.

"Yang last tu aku tak boleh janji" Yuta menaik turunkan keningnya. Jungwoo tutup mata Jisung, Kun tutup mata Chenle dan Jaehyun headlock kepala Sungchan. Adik kau tu syiel.

"Chenle jom" Jisung mengajak selepas berjaya menepis tangan Jungwoo.

"Pergi mana?" Chenle bertanya sebaik saja matanya terlepas dari tangan Kun. Cuma Sungchan je yang masih bertarung dengan abangnya, Jaehyun. 

"Cari member kau" Jisung bangun dari duduknya. Yang lain buat tak kisah je dengan dua orang tu. Yang diorang kisah sekarang ni Sungchan dengan Jaehyun. Dah nazak budak tu bau ketiak kau Jaehyun.

"Siapa member aku? Yang mana? Bila masa kau kenal?" soal jejaka bermarga Zhong itu.

"Dolphin" jawab Jisung sepatah.

". . . . . . . kau kalau tak sabar nak mampos kau cakap je dengan aku. Aku boleh tolong" Chenle yang stand by dengan kuali memandang Jisung tajam. Jangan ditanya mana dia dapat kuali tu. Sesungguhnya author tak tau, sekian.

"Hehehe gerak lu!" Jisung terus berlari pergi di kejar Chenle yang membawa kuali tersebut.

Baekhyun & D.o*

"Fulamak weih diorang tu, main kejar berkejaran pulak dekat pantai. Sweet naw! Diabetes aku menengoknya" Baekhyun meneropong insan berdua itu. D.o pada mulanya tidak berminat nak tengok tapi lepas dia ternampak sesuatu, terus terbeliak besar matanya.

"WEIH HANAT KUALI AKU TUU YANG CHENLE PEGANG. PATUT LA LIMA HARI LAPAN MALAM AKU CARI TAK JUMPA" D.o keluar dari kereta menuju ke arah mereka. Baekhyun cuak, waduh D.o ni nak bagi kantoi ke apa? Kang apa nak jawab dengan Sooman nanti?

"Woi kau nak kantoi ke apa syiel?" Baekhyun turut keluar mengejar D.o tapi apakan daya D.o dah sampai depan Chenle dan Jisung.

"Yah!" Terus berhenti makhluk berdua yang tengah lari tadi. Spoil la orang nak berdrama bangla kat pantai.

"Weih Chenle, kau ada call FBI ke?" Jisung melihat susuk tubuh yang memakai sut hitam itu.

"Takde la pulak. Setahu aku FBI aku semua sado nak mampos"

"Mungkin papa Zhong nak jimat bajet kot. Tu yang upah orang macam ni" Jisung mengerling D.o sekejap sebelum memandang Chenle semula.

"Boleh jadi jugak"

"Hamboi ngutuk aku eh, bak kuali tu. Sesodap megi cukup rasa je ko ambik kuali aku" D.o menghulurkan tangannya.

"Yah Kyungsoo— ADUH KANTOI!" Baekhyun yang tadinya ingin pergi ke arah mereka terus menyorok belakang pokok kelapa.

"PAKCIK SKODENG KAMI EH? EEE TAK MALU SKODENG ANAK TERUNA ORANG. TAU LAH KAMI HENSEM PUN HOK ALORHH" Chenle dan Jisung riak di situ.

"Eh kau hensem ke Chenle? Seingat aku muka kau macam jamban yang dah bertahun tak cuci" Jisung berlari pergi.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now