💚H💚

515 90 21
                                    

💚 엔시티 일공일공 💚

———

*idea from nrrraisyxh

🌱00 liner hilang
.
.
.
.
.

"AAAAAHHHHHHH—"

"DIAM LAH HANAT! AKU NAK LAYAN KARTUN PUN TAK SENANG NI"

"Ish kau ni Jaemin, sampai hati kau membaling bantal ke muka seketul Haechan hiks"

"Ceh drama" Renjun menggulingkan bebola matanya sebelum kembali fokus pada permainan di telefon miliknya. Tak kuasa dia nak tengok drama murahan Haechan yang tengah meroyan tepi katil tu.

"Aku bosan"

"Hai bosan aku Jeno" Jeno menghulurkan tangannya ingin bersalam dengan Yangyang. Saja dia nak try buat lawak hambar.

"Kau fikir lawak ke?" Yangyang memandang manusia itu datar.

"Lorh gurau je pun, sikit sikit nak marah"

"Kau kena faham Jeno yang kau dengan hambar tak boleh dipisahkan. Heshtek jeNOjams" kata Shotaro di sebelahnya sambil menepuk bahunya. Main heshtek heshtek pulak dia ni. Jeno pasrah.

"Kuajo eh korang ni"

"Korang jom keluar, alang semua tidur ni" ajak Jaemin. Terus terbantut niat jahat Haechan dan Yangyang nak kacau Renjun yang tengah heaven main game tu. Sekarang ni diorang tengah berkumpul dalam bilik Jaemin, Jeno dan Sungchan. Nak masuk loteng ada Doyoung dengan Lucas yang tengah tengok drama.

Maka merempatlah 00 liner di situ.
Sungchan diorang halau keluar, nasib Chenle ajak dia main kat biliknya tadi.

"Kalau kita sesat macam mana?" soal Renjun.

"Alah kau ni, fon kan ada nanti kita guna la waze. Jangan kuno sangat"

"Bahangang kau Yangyang"

"Huehuehuehue"

Selepas semua orang setuju mereka berenam mula menapak keluar. Pintu vila ditutup perlahan lahan. Kasut disarung dan mereka berjalan pergi dari kawasan perkarangan vila tersebut. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhatikan mereka  berenam.

"Fuyoo cantik gila atas ni" Shotaro yang kagum dengan pemandangan dari atas bukit itu mendepakan tangannya. Acah acah drama bangla jap. Dengan angin menerpa ke mukanya menyebabkan rambutnya jugak ikut berterbangan menambahkan lagi effect ala ala mv hah githeww.

"Kan aku dah kata, tak sia sia kita keluar en" Jaemin bangga diri di situ.

"Haah, ni yang buatkan aku rasa nak nyanyi ni" Haechan berkata.

"Ha sila sila" pelawa Jaemin.

"Uhuk uhuk, BERLALU LAH SUDAH RAMADHAN EWAH SEBULAN BERPUA—"

"HOI PUASA PUN KAU TAK PERNAH PENUH CEH DAN PUASA LAMBAT LAGI LA" tegur Jeno. Sebagai kembar tidak seiras Haechan, dia tau yang Haechan selalu ponteng puasa sebab Haechan selalu ajak dia ponteng. Tapi alhamdulillah iman dia kuat lagi.

"Spoil ah kau ni Jeno, tau la dengki dengan suara aku yang merdu ni halamak"

"Kisah pulak aku heh" Jeno meletakkan tangan dibahu dan mata ke atas.

"Lagu lain lagu lain, hah Renjun music cue!" tetiba Yangyang menyuruh Renjun yang sibuk berselfie menyanyi. Dia menyimpan henfonnya dan mula menyanyi.

"Wae neoneun nareul mannaseo—"

"Halah halah lagu lain takde ke? Naik muak aku dengar kau tau tak?" Jaemin menutup mulut Renjun. Baru je Haechan nak join sekali tadi tapi tu lah Jeno dan Yangyang cepat bertindak menutup mulutnya. Shotaro masih lagi berangan sesorang.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now