💚C💚

815 120 68
                                    

💚 엔시티 일공일공 💚

———

"Mambang mambang sekalian sila bangun" kejut Johnny selepas selesai menunaikan solat subuh- eh eh.

"Alah 5 minit lagi la hyung" Haechan menarik selimut menutupi seluruh badannya.

"Awal lagi ni hyung" kini giliran Chenle pulak yang menarik selimut.

Renjun? Jangan tanya, sebab aku tak tau nak describe. Gaya macam orang beryoga pun ada dia tuh.

"Awal mendenya, sekarang dah pukul 10 lebih dah dan Chenle kejap lagi kau kena basuh baju kan" Johnny memandang ke arah Chenle yang sedaya upaya ingin bangun.

"Ah! Tak boleh hyung, godaan dia kuat sangat" Chenle jatuh semula keatas katil dengan keadaan separuh sedar.

"Mama Zhong bagi keizinan untuk hyung sita semua gajet kau dekat sini. Bangun cepat" Johnny menarik Chenle bangun lalu ditolaknya masuk ke dalam bilik air.

"Haechan nanti kejutkan si Renjun ni, hyung nak pergi dapur. Kau jangan buat benda tak elok pulak kat dia n-"

"ASTAGHFIRULLAH HYUNG!" terus segar Haechan.

"Kau pikir apa hah hanat? Jangan sampai aku suruh hyung kau rendam kepala kau dalam kolah masjid. Kasi brainwash sikit" Johnny menutup pintu dan turun ke bawah.

"Huehuehuehue" Haechan tersenyum setan dekat situ. Dia mengesot pergi dekat Renjun dan. . . . . .

"AMBIK KAU! HAHAHAHAHAHAHAHA RASAIN LORH!" dia menutup hidung Renjun.

Renjun terjaga dan berusaha untuk menepis tangan Haechan dari hidungnya. Tak bernafas anak Huang tu. Dah takde jalan lain jadi dia ,pergi geletek Haechan.

"SUDAH SUDAH! HAHAHAHAHAHAHAHA KAU MENANG"

"CARI PASAL LAGI KAN DAH KENA"

"Hae- ASTAGHFIRULLAH MATA AKU!" Chenle yang baru nak keluar tandas, masuk semula dan dikunci pintunya.

"Dah pahal si dolphin tu?" soal Renjun lalu bangun dari katil.

"Entah, dah ah jom turun makan"

Sebelum itu mereka membuka langsir setiap tingkap dan mengemas katil.

di dapur

"Uit masak apa tu?" tegur Johnny disebelah Taeyong.

"Kau rasa?"

"Nak kata macam ayam takde rupa ayam jadi aku yakin ni kambing-"

"Simpan sikit bodoh tu untuk generasi yang akan datang" Taeyong mengambil semula pemukul lalat yang dia guna pukul Johnny tadi.

"Lorh rilek ah bro. Eh Taeil hyung, cantik blusher kat pipi tu" Johnny ketawa terkekek kekek selepas memerli Taeil.

"Diam ah kau roti john basi, nak perli tu perli je lah" Taeil menuam ais dipipinya di lokasi Taeyong tumbuk semalam.

"Jaem, Jen dan Sung meja dah siap ke? Kalau dah meh ambik makanan ni hidang" panggil Taeyong kepada trio disitu.

"Ne hyung!"

"Uwu semangat ye korang" Johnny juga menolong mereka hidangkan makanan.

Apa ingat dia pergi saja saja je? Dia buat kerja juga tau. Nak buat suami? Sila kontat Sooman Lee.

"Itu semuanya dusta, tadi aku ajak bukan main liat nak bangun. Sebut sikit pasal belanja berdesup masuk bilik air cuci muka pe semua" Taeyong menjeling ke arah mereka bertiga yang tersengih tak bersalah.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now