💚O💚

887 122 69
                                    

💚 왼시티 일공일공 💚

———

"Hyung tadi aku check, kat dapur takde barang pun tapi dapur gas masih boleh guna" Kun menghampiri Taeyong dan Jisung yang tengah kusyuk main piano tiles 3 di balkoni bilik.

"Nanti kau keluar lah pergi beli dengan yang lain tu. Duit jangan risau sebab atok dah bagi kad dia dekat aku" Taeyong memandang sekilas Kun disebelahnya.

"Kalau macam tu aku pergi dulu lah, kad tu dekat mana?"

"Ambik dalam dompet aku kat atas katil"

Kun pergi mengambil kad yang dibualkan tadi dan berlalu turun kebawah. Sempat juga dia fikir nak ajak siapa teman dia. Sedar tak sedar lift dah sampai tingkat bawah. Dia lihat ke arah ruang tamu dan terdapat empat ekor dugong bertaburan di atas lantai. Jadi dia buat keputusan untuk mengajak mereka.

"Anak anak jom teman hyung pergi beli barang dapur" Kun memandang kearah Jaemin, Xiaojun, Sungchan dan Chenle.

"Alah hyung ni, malas la. Suruh orang lain tak boleh ke?" Jaemin mencebik.

"Kalau macam tu kau tak payah makan nanti"

"Lorh main ugut ugut pula, hah ye lah jom"

Yang lagi tiga tu hanya mengikut je, nanti kalau melawan tak dapat makan pulak. Mereka masuk ke dalam kereta dan Kun mula memandu pergi ke pasar raya.

"Diorang nak pergi mana tu?" soal Winwin kepada Mark.

"Pergi beli barang tak silap aku"

"Ooo, hah ni Lucas mana? Tadi kata nak mandi, ni bila aku keluar takde pun" Winwin mengelap rambutnya yang masih basah.

Visual dia fuh, berdarah hidung kau hah. Mark yang tengok depan depan pun terus mengusap dada minta bertenang tapi jangan sampai bertendang.

"Dekat bilik Johnny hyung, nak pujuk adik dia lah kot" balas Mark.

Winwin hanya mengangguk kepala. Malas mahu fikir lagipun Lucas tu dah besar panjang dah. Tau lah jaga diri.

keadaan sebenar

"YAH HUANG RENJUN! KAU BANGUN SEBELUM AKU BUANG KAU DALAM LAUT" Lucas menampar muka Renjun berkali kali. Namun tiada respon dari si pemilik tubuh yang ditampar itu.

Tidur mati ke apek ni?

Johnny dengan Haechan dah menggigil kat dalam tu. Agresif naw Lucas ni.

"Lucas, cuba lembut sikit kejutnya tu" tegur Johnny. Nasib Chenle takde, kang terkencing budak tu.

"Dia ni kalau baling bom atom ke cherry bomb ke atau perang dunia ketiga pun memang tak akan bangun" terang Lucas. Dia merengus seketika sambil melihat adik bongsunya yang tidur dengan aman sekali.

"Huang Renjun, hyung kira sampai tiga. Kalau kau tak bangun jugak, hyung dengan Hendery akan bakar moomin kau malam ni"

Dengan kalimat itu Renjun terus terduduk diatas katil sambil memeluk erat moomin dia.

"Apa hyung ni? Ugut pakai moomin pulak"

"Dah aku kejut cara elok kau tak bangun sampai nak terkeluar anak tekak bapak tekak dan keluarganya yang lain. Terpaksa lah aku guna moomin" Lucas menjeling Renjun sebelum menghulurkan tangan meminta power bank yang dia bagi pinjam tadi.

ᴄᴏᴜsɪɴs ⁿᶜᵗWhere stories live. Discover now