Epilog

2.7K 77 7
                                    

Fatma memandang ke arah wajah-wajah kegembiraan keluarganya. Wajah-wajah gembira bermain dengan cucu pertama dalam keluarga. Membuatkan dia juga sama gembira. Bahagia.

Tak ada kebahagiaan yang lebih bahagia bila melihat orang-orang yang kita sayang gembira.

"Sayang...." Muaz melambai memanggil Fatma supaya mendekati mereka.

Fatma senyum dan segera memdekati mereka dan duduk disebelah Muaz. Tangan Muaz melingkar ke pinggang Fatma. Buatkan Fatma memukul lembut tangan itu.

"Malu kat orang." Tegur Fatma.

"Tah. Kau ni, Muaz." Usik Essam sambil ketawa.

Muaz turut sama ketawa. Diikuti semua yang ada diruang tamu rumah itu.

"Itulah. Dulu tak nak ngaku. Dah bercucu, baru nak bermanja. Mujur Fatma lembut hati. Terima aku semula." Muaz mengaku kekilafan lalu.

Fatma senyum. Malu.

"Terima kasih, sayang." Ucap Muaz mencium pipi Fatma.

Yang lain ketawa dengan telatah dua manusia yang baru disatukan semula sebulan yang lalu. Rasa gembira melihat Fatma dan Muaz bahagia.

Namun, jauh disudut hati Fatma, rasa bersalah kepada Murni. Secara tidak langsung, dia adalah punca Muaz dan Murni bercerai. Walaupun sebenarnya sikap Murni yang terlalu buruk sangka buatkan Muaz makin rimas dan marah.

Pengakhiran hubungan mereka bila Murni datang menyerang Fatma. Disaat itu, Muaz berada dirumah Wafa dan Faris. Melawat anak menantu.

Muaz memang selalu ke sana bila dia balik ke Selangor. Dia akan duduk menumpang dirumah mereka selama dia disini.

Tapi, Murni datang meroyan didepan rumahnya. Bersama dengan 3 orang anaknya. Tak pasal, orang kampung datang berhimpun didepan rumahnya. Dan entah macam mana, Muaz datang bersama Faris dan Wafa.

"Masa Murni datang hari tu, kebetulan ke korang nak datang sini?" Tanya Fatma kepada Muaz, Wafa dan Faris.

"Ada orang call aku. Dia kata ada drama depan rumah ni. Mujur tak jauh rumah budak berdua ni dari sini." Jawab Muaz.

"Macam mana mak boleh terima semula babah?" Tanya Wafa.

"Sebab yang sama kenapa mak kamu tak kahwin lain selepas kena cerai." Sahut Hajar.

"Mak cintakan babah lah. Kau pun soalan." Kata Faris pula.

"Ye la. Mak kan selama ni tolak babah kaw2. Tiba-tiba terima pula." Balas Wafa pula.

"Dulu suami orang. Lepas tu, dh bujang kembali." Usik Essam.

Yang lain ketawa. Hakikatnya, itu lah punca kenapa Fatma menolak dan menerima Muaz. Bukan tak pernah bermadu. Tapi, sudah serik bermadu dengan Murni.

"Kau tu, ingat. Jadikan tauladan. Jangan nak suka syak wasangka. Percaya paling penting dalam hubungan. Komunikasi yang kedua terpenting. Barulah ikhlas, setia, jujur dan semua yang lain. Faham?" Pesan Faris kepada Wafa.

"Kau pun sama." Balas Wafa.

"Pesanan untuk kita semua tu." Sahut Hajar pula.

Yang lain setuju.

"Ni dah ada anak. Masih nak beraku kau ke korang ni?" Tanya Essam.

"Bapa tanya siapa? Kami ke mak dan babah." Tanya Faris. Mengusik.

Semua yang ada, ketawa.

"Korang lah." Kata Essam.

"Mak dan babah selamba je. Dah ada cucu main aku-kau lagi. Kita pun, sama gak. Kan Bie." Kata Wafa.

Faris angkat kening. Dia senyum.

Walaupun beraku kau, tapi bila nak panggil, mereka akan menggunakan panggilan yang manis. Wafa memanggilnya Bie dan dia memanggil Wafa Nie. Bie untuk baby. Nie untuk honey.

Siapa kata Wafa kaku? Wafa tak ada perasaan. Tak romantik. Hakikatnya, Wafa hanya jadi dirinya bila berdua dengannya. Manjanya Wafa, romantisnya Wafa. Hanya dia saja yang tahu.

"Yang ibu tak puas hati ni. Kenapa nama anak lelaki pun Wafa?" Tanya Hajar.

Marah pula bila dikatakan nama cucu lelakinya Wafa Adam Hilman. Dia boleh terima nama cucu perempuannya, Wafa Ain Hana. Tapi, Wafa Adam Hilman?

"Itu, ni ha ibu. Bapa dia." Kata Wafa.

Faris hanya senyum. Ianya adalah gabungan nama Wafa dan namanya. Walaupun pelik, tapi, dia suka.

"Tapi, Faris power kan? Kembar terus." Faris memuji dirinya sendiri.

Ketawa semua melihat Wafa memarahi Faris dengan wajah yang memerah.

Alhamdulillah. Bahagia.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now