BH 44

929 49 2
                                    

"Sakit lah Faris. Walaupun tak ada bonding aku dengan dorang. Tapi, aku tetap rasa sakit. Dituduh curang. Kena kutuk sebab tak jaga lelaki sebaik Asfar." Mengalir air mata Wafa.

"Aku ke yang salah? Bukan aku yang putuskan semua ni. Takkan aku nak salahkan mak dan babah yang jadi punca sampai pertunangan aku dan Asfar putus? Kalau aku salahkan mak dan babah, sama macam aku salahkan Allah. Sebab jodoh semua ni, kerja Allah. Siapa kita nak judge? Aku pun, tak salahkan Asfar atau mak dia. Aku terima. Ini semua dah tertulis. Aku dan Asfar tak ditakdirkan untuk bersama." Kata Wafa sambil menguis kerusi kayu yang didudukinya itu.

Faris hanya memandang Wafa yang sedang duduk bersila didepannya. Memandang ke bawah. Sesekali, dia betulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Dorang tak boleh nak buat assumption dorang tanpa bertanya hal yang sebenar. Dorang tak boleh nak kutuk aku sesuka hati. Hanya sebab aku tak menangis, meraung. Tak frust. Tak jejas kerja. Dorang tau ke apa yang aku rasa? Sakit yang aku tanggung?" Sambung Wafa.

"Takkanlah aku tak terkesan langsung. Tipulah... Mesti ada. Tapi, aku pilih untuk hidup macam biasa. Tak buat kau dan mak susah hati. Tak buat ibu dan bapa risau. Lagipun, untuk apa aku kenang semua tu. Meratap sesuatu yang dah jadi? Baik aku berjalan seperti biasa. Walaupun, setiap langkan aku, aku ingat kat dia." Sambung Wafa lagi.

"Aku dah biasa ada dia. Setahun setengah. Bukan sekejap. Aku buka je mata, dia yang aku cari dulu. Kejutkan dia. Pergi kerja dengan dia. Breakfast kalau sempat dengan dia. Lunch dengan dia. Balik kerja dengan dia. Dinner pun bersama. Sebelum tido on phone dengan dia. We do a lot of things together. Suddenly, semua tu tak ada. Orang tau ke aku rasa sunyi? Tapi, nasib aku baik. Aku ada kau." Wafa memandang Faris. Berterima kasih dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

"Kalau bukan isteri, siapa lagi suami ni nak layan." Kata Faris.

Wafa cebik.

"Benggong. Isteri yang kena dengar kau ber'sweet' dengan perempuan lain." Ejek Wafa.

"Dah isteri aku tak nak sweet dengan aku. Aku depan mata pun, dia sibuk dengan lelaki lain. Padan muka dia. Kena tinggal." Balas Faris.

Mencetus ketawa keduanya.

"Kau tak nak ke sweet dengan aku? Halal tau. Dapat pahala lagi." Tanya Wafa mengusik.

"Nak. Nak. Tapi, lepas kau datang rumah kita lah." Jawab Faris sambil mengangkat keningnya berkali-kali. Menunjukkan muka gatalnya.

Wafa ketawa.

"Tak habis-habis dengan otak kuning ko tu kan?" Kata Wafa menolak manja muka Faris.

Faris ketawa. Mengambil tangan Wafa dan digenggamnya. Tangan itu dipandang dan dibelainya.

"Aku tak bermaksud pun nak kau jadi isteri aku yang sebenarnya sebab seks. Aku memang nak kau jadi isteri aku untuk temani hidup aku selamanaya. Ada sentiasa disisi aku. Susah senang dengan aku. Pujuk aku. Tenangkan aku. Dan perkara yang sama juga aku nak buat kat aku. Bersama dalam mengharungi cabaran hidup kita." Kata Faris. Memandang tepat ke wajah Wafa.

"Aku tau." Kata Wafa sambil mengusap wajah Faris.

"Tapi, kau ni terlalu baik untuk aku." Sambung Wafa.

Faris ketawa.

"Ayat reject paling epik didunia." Kata Faris.

Mereka berdua sama-sama ketawa.

"Aku sampai sekarang tak faham budak berdua tu. Sampai sekarang aku tak percaya Wafa masih dara." Kata Encik Muaz yang sama-sama melihat telatah Faris dan Wafa dipangkin bawah pohon mangga itu.

"Kau ingat, Faris tu macam kau ke? Terus terkam. Tak tanya dulu." Balas Puan Fatma dan masuk semula ke ruang tamu.

Tiba-tiba rasa marah bila Encik Muaz mengganggu dia melihat kemesraan Faris dan Wafa. Mengganggunya berdoa agar keduanya temui jalan yang sama dan terus bersama.

Andai kata Wafa masih bujang, pasti Faris adalah calon suami untuk Wafa. Pastinya dia akan percayakan Faris untuk menjaga Wafa.

"Kalau kau tak paksa dorang nikah dulu, aku rasa sekarang ni, dorang tengah hangat bercinta." Kata Puan Fatma.

"Dah nikah pun, tak boleh nak bercinta. Tetap macam tu juga." Ejek Encik Muaz.

"Kau bukan tau hati perempuan. Kau bukan faham anak kau tu. Kau tak tengok macam mana dia membesar." Balas Puan Fatma.

"Dah kau tak bagitahu aku, macam mana aku nak tau? Macam mana aku nak tengok dia membesar?" Bidas Encik Muaz.

Puan Fatma menjeling Encik Muaz.

"Sakit pula bercakap dengan dia ni lah. Pergi balik lah. Kang bini kau bising. Habis satu kampung ni kata nanti, aku menggatal dengan laki dia." Halau Puan Fatma.

"Apa salahnya. Kena tangkap basah dengan kau pun, aku sudi. Boleh kahwin dengan kau balik." Usik Encik Muaz.

"Tak hingin aku nak bermadu dengan perempuan meroyan tu." Kata Puan Fatma dan terus masuk ke biliknya.

Encik Muaz senyum. Sejak mengetahui hal sebenar yang berlaku 27tahun dulu. Hatinya memang mahu kembali semula kepada bekas isterinya itu. Cinta yang ada, tak pernah padam. Marah itu hanya kerana perasaan luka kerana cinta dikhianati. Namun, rasa cinta itu tak pernah mati.

Dan jawapan-jawapan balas dari Puan Fatma setiap kali dia membuka cerita tentang nikah semula, buat dia faham. Puan Fatma juga masih mencintai dirinya. Menolak bukan kerananya tapi kerana Murni.

Murni...

Encik Muaz mengeluh.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now