BH 40

955 44 5
                                    

"Awak jangan nak mengarutlah. Mana ada orang putus tunang sebab mak bapa bercerai. Awak jangan nak mengarut sangat. Semua dah ready tau. Tinggal 5 hari je lagi." Marah Encik Azmil, bapa Asfar.

"Saya tak mengarutlah awak. Saya tak nak keluarga yang berpecah belah ni. Saya tak nak salah silah keluarga saya ada dari kalangan ni. Kalau mak bapa dia bercerai. Maknanya, cerai tu bukan isu asing untuk dia. Buatnya ada masalah apa-apa, senang je dia minta cerai. Tak! Saya tak akan izinkan ada dikalangan keluarga saya yang bercerai." Balas Puan Sal.

"Ma... Cuba pandang dari sudut lain. Wafa belajar dari kesilapan mak bapa dia. Sebab dia tau effect pada anak-anak. So, dia akan jaga rumahtangga dia betul-betul." Kata Azrul, abang Asfar.

"No! Mama kata no. No is no. Esok pagi, mama akan putuskan pertunangan ini." Tegas Puan Sal.

Asfar diam. Dah tak terkata apa. Dari dalam kereta lagi. Depan Wafa. Ditanyanya terus kepada Wafa. Dan diberinya kata-kata putus itu.

"Betul kata Azrul tu. Awak hidup zaman bila ni? Wafa tu, awak tengok cara dia. Ada macam yang awak fikirkan? Mula-mula dia jadi tunang Asfar, awak ada nampak dia suka kat anak awak tu? Tak ada. Tapi, dia berusaha terima Asfar. Makin lama makin nampak dia ambil berat tentang Asfar. Nampak tak? Dia berusaha agar hubungan dia dan Asfar berjaya?" Pujuk Encik Azmil.

"Apa pun, saya tetap dengan keputusan saya. Kalau abang tak nak ikut, saya pergi seorang. Saya dah tak boleh nak tengok muka dia. Benci!" Balas Puan Sal.

"Ma... Ini soal hidup Far. Far yang nak hidup dengan Wafa. Far bahagia dengan dia. Ma juga yang cakap. Wafa tu intan. Kenapa ma? Kenapa hal mak bapa dia, kami yang jadi mangsa?" Lemah saja Asfar bersuara.

"Jangan nak jadi lemah sebab seorang perempuan. Mama boleh cari yang lebih baik daripada Wafa." Kata Puan Sal.

"Ini bukan siapa yang terbaik, ma. Ini soal hati. Soal selesa. Soal bahagia." Bidas Asfar.

"Asfar nak melawan mama ke? Dah rela nak menjadi anak derhaka?" Ugut Puan Sal.

"Awak ni lah. Ikut kata awak saja. Kenapa awal dulu awak tak siasat? Kenapa sekarang?" Marah Encik Azmil.

"Saya tak sangka. Kita datang, mak bapa dia sentiasa ada. Tak macam pasangan yang bercerai. Patutlah, tak pernah saya tengok mak Wafa duduk sebelah bapa dia. Wafa pun tak pernah cerita." Balas Puan Sal.

"Siapa nak cerita benda gini kalau tak ditanya, ma? Siapa yang akan sangka, benda gini akan jadi punca perpisahan? Tak ada ma... Ma, cubalah logik sikit, ma. Benda ni, hal jodoh. Siapa kita nak jatuhkan hukum? Kalau dah bukan jodoh mak bapa dia lama, kenapa kita nak hukum Wafa?" Azrol masih cuba untuk buat Puan Sal berfikir secara rasional.

"Anggap je, Wafa bukan jodoh Asfar." Kata Puan Sal dan terus bangun meninggalkan suami dan anak-anaknya.

Dia tak mahu lagi bertegang urat. Keputusannya tak akan berubah. Kalau dia tak boleh terima Fit sebab datang dari keluarga yang bercerai berai. Dia juga tak boleh terima Wafa sebab yang sama.

Dia tak mahu diketawakan oleh Fit kemudian hari.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now