BH 10

1K 43 0
                                    

"Sabarlah. Kau habis kerja esok, kau balik lah rumah parents Murni. Pujuk dia elok-elok." Pujuk Fatma.

"Aku ni, fikir anak je. Kalau tidak, aku malas nak layan. Kerja aku berlambak. Nak layan cemburu dia. Tak kuasalah aku." Luah Muaz.

"Ya. Fikirkan anak kau tu. Fikirkan Murni sama. Isteri kau tu. Bukan orang lain yang kau nak tak kuasa tu. Tak belajar dari kesilapan yang kau buat kat aku ke? Nak repeat lagi? Lepas tu? Menyesal? Aku ni isteri kau tau. Bukan back up bila Murni merajuk, pergi kat aku. Abaikan Murni. Sebab aku ada. Tak cantiklah buat perangai macam tu."l Bebel Fatma.

"Bila ustazah Fatma membebel." Usik Muaz sambil ketawa kecil.

"Aku ni, ingatkan. Sebagai kawan. Sebagai isteri. Aku nak kau happy. Kau serabut macam ni, aku susah hati." Kata Fatma.

"Pujuklah aku." Rayu Muaz.

Terus saja muka Fatma memerah.

"Kau mesti tengah blushing. Kan?" Usik Muaz.

Fatma diam.

Makin kuat Muaz ketawa.

"Kau ni, itu pun nak blushing. Macam orang baru bercinta."

"Kau yang pertama kot."

"Cinta monyet?"

"Aku manusia. Buat apa nak bercinta dengan monyet."

Muaz ketawa kuat. Hilang segala rasa serabut dalam hatinya. Seketika.

Dapat dia membayangkan kemerahan pipi Fatma yang putih mulus itu. Sangat comel.

"Kalau kau ada depan aku sekarang, aku cium-cium pipi kau tu." Kata Muaz.

"Pipi je?"

"Makin pandai kau goda aku sekarang ya. Suka buat aku tak sabar nak jumpa kau."

"Suami sendiri. Tak apa."

Muaz ketawa. Rasa bangga bila diletakkan disatu tempat yang terlalu istimewa oleh isterinya itu. Rasa dirinya dihargai.

"Ke kau je lah datang sini pula. Alang-alang Murni merajuk. Balik rumah mak bapa dia. Kau lah datang sini. Tinggal dengan aku kat sini. Selamanya." Usul Muaz.

Fatma senyum. Bahagia dengan tawaran yang dibuat oleh Muaz.

"Tak nak aku. Ada bekas Murni. Kalau kau beli rumah lain untuk aku, tak apa juga. Rumah kau tu, dah kira rumah Murni. Bukan rumah aku." Tolak Fatma.

"Betul ni kau nak datang tinggal dengan aku?" Tanya Muaz.

"Kalau kau suruh aku pindah sana, aku pindah lah." Jawab Fatma.

"Kerja kau?"

"Kau suami aku. Bukan kerja tu."

"Kalau aku suruh kau pindah sini, kau ikut?"

"Ya."

"Hati kau?"

"Nak dekat dengan kau."

Muaz senyum. Makin kembang hidungnya mendengar jawapan Fatma.

"Okey. Nanti aku carikan rumah untuk kau pindah sini. Gaji aku, dah mampu nak ada dua biji rumah. Tapi, bukan rumah besarlah. Rumah biasa-biasa saja." Sedikit rendah nada suara Muaz.

"Aku tak kisah. Rumah besar pun, bukan aku pandai nak hias pun. Kau pun tau aku. Tak pandai hias rumah. Masak pun tak reti." Balas Fatma.

Muaz senyum.

Siapa kata Fatma isteri yang sempurna? Dia langsung tak reti buat kerja rumah. Bukan tak reti, tapi tak berseni. Setakat kemas dan bersihkan rumah. Fatma rajin. Tapi bab hias? Memang nampak rumah bujanglah.

Masak pun, ayah mertuanya yang selalu masak. Fatma cuma tahu masak masakan yang ringkas seperti tumis air sayur, ayam masak kicap. Itu saja. Kalau kari ke, kurma ke, dia hanya pandang ayahnya masak.

Bukan dia tak belajar masak, tapi, bila tiada ayahnya untuk mengajar, pasti tak jadi. Dan Fatma akan mengalah. Katanya, membazir.

Bab itu, memang Fatma kalah teruk dengan Murni. Dan dia selalu rasa, Murni suka membazir menghias rumah.

Tapi masak? Langsung tiada rungutan. Perutnya makin naik sejak berkahwin dengan Murni. Cuma habit untuk pergi bersenam setiap hujung minggu yang dibuat sejak mengenali Fatma membantu perutnya dari terus ke depan.

"Nanti kau duduk sini, kau nak kerja ke fully housewife?" Tanya Muaz.

"Aku tahu gaji kau tu besar. Tapi, kalau aku duduk sana, komitmen kau makin tinggi. Mampu ke kau nak tampung dua isteri tak berkerja?" Tanya Fatma.

"Insya Allah, aku mampu lagi. Kau jangan risau part tu. Sebagai suami, aku tahulah macam mana nak buat." Jawab Muaz.

"Selagi aku mampu, aku kerja, Muaz. Aku tak nak bebankan kau banyak sangat. Sekarang anak kau seorang. Tahun depan dan ke depan. Pasti akan tambah lagi anak. Kos kau makin bertambah." Kata Fatma.

"Kau ni. Makin kuat goda aku ya sekarang." Usik Muaz.

"Bila pula aku goda kau."

"Kau seksi bila kau caring pasal aku."

Fatma ketawa. Langsung tak masuk akal.

"Kau tu, jangan goda aku dengan janji kau. Nanti aku berharap, tup tup. Kau kata, aku stay sini." Balas Fatma setelah ketawanya reda.

"Amboi. Sempat kau perli aku ya. Aku mana pernah offer kau tinggal sini. Baru ni aku offer. Dah kau setuju, suka lah aku. Tiga hari rumah kau. Tiga hari rumah Murni. Sehari, aku duk hotel." Kata Muaz.

"Kau duk hotel buat apa?"

"Kau ni. Asalkan hotel je, fikir bukan-bukan. Duk hotel tu, me time. Ingat tak pening ke nak layan dua isteri?"

"Padan muka kau."

Muaz ketawa.

Perangai Fatma langsung tak berubah dari dulu. Sebelum mereka bergelar suami isteri. Cuma bila dia manja tu, buat dia nampak seksi. Barulah nampak macam suami isteri.

"Sayang..."

Bergetar jantung Fatma bila Muaz memanggilnya sayang. Pertama kali. Dia jadi kaku seketika.

"Kuat erk effect tu. Sampai diam kau terus. Aku teringat masa first time aku cakap aku cintakan kau. Dalam kau menangis, boleh terus kaku. Comel betul." Usik Muaz sambil ketawa.

"Ya lah. Kau tu bukan romantik pun. Aku pun tak tau apa yang Murni pandang tah sampai terima kau." Balas Fatma.

"Aku romantik lah. Kau je yang selalu kaku. Malaslah aku nak romantik dengan kau."

"Ya lah. Dengan aku je malas." Rajuk Fatma.

Muaz ketawa.

"Cuba kau panggil aku abang."

"Tak cukup Murni panggil kau abang ke?"

"Nak kau."

"Sabar. Esok je pun."

Muaz ketawa. Kuat.

"Makin menjadi-jadi kau goda aku ya."

"Kau ni, cakap lama-lama dengan aku ni, tak melambung bil telefon kau?" Tanya Fatma mengalih topik perbicaraan.

"Untuk kau, lombong emas pun, aku sanggup gadai."

"Belum dapat. Dah dapat cerita lain pula."

"Kau hak aku. Belum dapat apanya?"

Fatma diam. Tak tahu nak balas apa lagi.

"Ye la. Ye la. Aku tahu kau dah mengantuk. Pergilah tidur. Selamat malam sayang. Muah." Muaz mengalah.

Kalau ikutkan hati, dia nak sembang dengan Fatma sampai ke pagi. Tapi, dia juga mahu berehat. Esok pagi dia perlu bekerja. Kemudian, memandu balik ke Selangor untuk berjumpa dengan Fatma. Dan memujuk Murni.

"Selamat malam, husband." Kata Fatma langsung saja dia meletakkan telefon.

Muaz ketawa. Comel.

Bukan Untuk AkuWhere stories live. Discover now