Chapter 4

910 45 5
                                    

Semua sudah berkumpul di ruang tamu untuk menanti apa yang hendak di perkatakan oleh Stellya dan Stella.

'Okay, memandangkan semua ada kat sini. Mummy nak cakap yang Rayden dan Amber akan melansungkan perkahwinan' kata Stella. Stellya hanya mengangguk dengan kata kata Stella itu.

'Hah' kata Rayden dan Amber serentak. Amber sebenarnya dia tak terkejut pun lagi suka adalah. Dia buat buat terkejut je.

'Kenapa tak setuju ke?' tanya Stellya pula.

'setuju'

'Tak'

Kata mereka serentak.

'Tak'

'Setuju'

Serentak lagi. Mereka pandang sesama sendiri. Masing masing menghadiahkan jelingan tajam.

'Mana satu ni. Setuju ke tak?' tanya Zyan keliru.

'Mummy, Ray muda lagilah nak kahwin. Nanti nanti jelah.  Kalau ye pun carilah calon lain.  Ray taknak dengan Minah Cerewet tu' rungut Rayden.

'Apa kau kata ? Minah cerewet? Ikut sedap mulut kau je cakap macam tu. Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang muka tak siap tu' perli Amber pula.

'Nak, sebenarnya tapi well perempuan mana boleh kalah' kata Amber didalam hati.

'What? Hello Miss Cerewet. Baik sikit eh. Aku lah paling handsome tau tak. Dah la malas aku. Baik aku keluar dari aku tengok muka kau. Sakit hati aku' kata Rayden lalu melangkah keluar.

'Keluar lah. Ingat aku kesah' kata Amber lalu naik kebiliknya.

Yang lain yang menyaksikan pergaduhan tersebut sudah menepuk kepala.

'Nampaknya, susah la kerja kita nak jodohkan diorang ber dua tu' kata Stellya pada Stella.

'Aku percaya satu hari nanti mesti diorang akan bersatu juga' kata Stella yakin.

_-_-_-_-_-_-_

Rayden pergi ke pantai untuk menenangkan fikiran.

Dia keluar dari Lamborghini Aventedor nya setelah sampai di pantai. Pantai tersebut adalah kepunyaannya sendiri. Jadi hanya dia dan keluarganya sahaja tahu kewujudan pantai tersebut.

Rayden bersandar di keretanya sambil melihat bulan penuh. Fikirannya mula menerawang memikirkan kata kata Mummy nya tadi.

Rayden dari dulu tidak menyukai Amber kerana sifat Amber yang cerewet dan kuat menangis itu membuatkan dia lemas bersama dengan Amber.

Jika Amber dan keluarganya datang kerumah mereka, Rayden sebaik mungkin mengelak dari berjumpa dengan gadis itu kerana jika mereka berjumpa tiada perkataan yang baik pun keluar dari mulut mereka. Hanya kata kata hinaan sahaja.

Kalau berjumpa sahaja, adalah benda nak digaduhkan. Ibu bapa mereka pun dah tak tahu macam mana nak hentikan pergaduhan mereka yang berlanjutan itu.

Hanya perpisahan yang dapat senyapkan mereka.

'Kenapa mummy dengan mummy Rean beria sangat nak kahwinkan aku dengan dia. Diorang pun tahu aku pantang kalau jumpa dia. Kalau aku kahwin dengan dia mesti aku kena hadap muka dia. Haish, semaklah' bebel Rayden seorang diri.

Dia pandang semula ke bulan. Tiba tiba ada panah mendarat dikaki nya hanya seinci sahaja ruang diantara kaki Rayden dengan panah tersebut.

Dia mengeluarkan pistol dari poket belakangnya lalu menembak 2 orang di atas pokok.

'Shit' carut Rayden.

Dia masuk ke kereta untuk balik ke mansion Death Rose. Dia memecut laju keretanya. Kedengaran bunyi tembakkan di belakang keretanya.

Dia mengambil phonenya lalu mendail nombor Rayyan.

'Woi, kau pergi man-' kata kata Rayyan terputus apabila Rayden mencelah.

'Aku takde masa nak dengar kau membebel. Sekarang ni kau datang sekarang. Ada setan tengah kejar aku' kata Rayden tegas.

'Alah, settle la sorang macam tak biasa. Ok bye' kata Rayyan lalu memutuskan panggilan.

Rayden menhelakan nafas. Stereng kereta dipegang kemas dengan tangan kanan manakala di tangan kiri pula,  memegang pistol.

Dia membuka tingkap. Kedengaran kereta dibelakangnya masih menembak kereta Rayden. Nasib baik keretanya kalis peluru kalau tak. Dia dah buang kereta itu.

Kaya lah katakan kereta pon boleh buang sesuka hati.

Dia mengeluarkan badannya setengah lalu menembak kereta dibelakangnya. Dia menembak di tayar salah satu kereta di belakangnya. Terkena.

Kereta tersebut berguling guling di atas tar. 1 dah tumbang sekarang 4 lagi. Dia menembak lagi satu kereta di bahagian tayar tapi agak tersasar kerana dia perlu memandu plus menembak lagi.

Dia mencuba lagi akhirnya terkena. Kereta itu pun berguling diatas tar seperti kereta 1 tadi. 2 dah tumbang, ada lagi 3 buah kereta.

Dia mahu menembak sebuah lagi kereta tapi pelurunya habis. Tiba tiba sebuah peluru hampir tembus bahunya tapi nasib baik dia sempat elak. Bahunya tergores kerana peluru tersebut.

Dia masuk kedalam pistolnya dicampak ke seat sebelah. Setelah beberapa saat dia terdengar bunyi bom.

BOOM!!

Siapa lagi kalau bukan budak 2 ekor tu. Rayden terus ke mansion Death Hell untuk merawat lukanya.

-_-_-_-_-_-_

Amber duduk di atas katil sambil menatap gambar seseorang.

'Kenapalah, kau taknak dengan aku. Aku jijik sangat ke kat mata kau. Aku sayang kau dah lama. Kau tahu tak' kata Amber seorang diri. Sekali tengok macam orang tak betul dah.

Psycho sangat!!

'Aku janji akan buat kau jatuh cinta dengan aku walau dengan apa cara sekali pun' janjinya pula. Dia mencium gambar tersebut.

Kan aku dah cakap dia psycho.

Tiba tiba pintunya diketuk dari luar.

'Woi, kau okay tak? Kau jangan buat benda bodoh eh. Aku bagitahu mummy' kata Amanda dihadapan pintu.

Bukan dia tak tahu kalau kakaknya sedang dalam keadaan marah macam macam dia buat. Main toreh toreh la, tumbuk dinding lah, banyaklah dia buat maklumlah otak dia kan tak berapa betul.

'Sibuklah perempuan ni' gumam Amber.

'Mana ada,  cakap dengan mummy aku nak tidur dah' kata Amber dari dalam.

'Yelah' kata Amanda lalu turun kebawah untuk memaklumkan kepada mummynya.

Manakala Amber didalam bilik, menatap gambar seseorang tersebut sehingga terlelap.

Done chapter 4. Jangan lupa vote ye guyss. Bubyee

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Where stories live. Discover now