Chapter 43

711 35 1
                                    

2 minggu kemudian,

Amber masuk kedalam wad yang menempatkan Tabby. Sudah 3 minggu Tabby tidak sedarkan diri.

Amber pula sudah keluar dari hospital seminggu yang lepas.

Amber mendekati katil Tabby lalu duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil.

Tangan Tabby diambil lalu dipegang erat

'Tabb, bila kau nak bangun ni. Aku bosan lah. Kerja kau pun aku yang buat. Bangunla dah 3 minggu ni' kata Amber. Tahla merungut ke luah perasaan rindu.

'Kita dah lama tak keluar sama sama. Gelak sama sama, lepak sama sama, buat mission sama sama' kata Amber lagi. Dalam tidak sedar air matanya mengalir setitik demi setitik.

Tiba tiba pintu wad dibuka, Amber melihat gerangan tetsebut.

'Kau buat apa kat sini? Tak kerja ke?' tanya Amber sambil mengelap air mata yang sempat mengalir tadi.

'Aku hari hari jaga dia kat hospital ni sejak aku tahu dia koma' kata Lelaki itu.

'Aik, Rayyan. Kau ada apa apa ke dengan anak buah aku? Siap tolong jaga bagai?' usik Amber.

'M-mana ada, Louis yang suruh aku jagakan dia. Aku pun bukan buat apa kat office tu. Jadi aku terima jelah' kata Rayyan dengan gelisah.

Amber menatap mata Rayyan dengan tajam untuk mencari kejujuran. Tapi, hal tersebut membuatkan Rayyan berasa gelisah.

Dalam 3 minit kemudian, Amber menoleh kearah Tabby semula.

'Aku tak tahulah apa hubungan korang tapi aku nak pesan satu je, kau jagalah Tabby ni elok elok. Dia nampak je kuat tapi dalam hati dia hanya tuhan yang tahu' kata Amber tanpa menoleh kearah Rayyan.

Rayyan hanya tekun mendengar.

'Jaga dia, aku nak balik office ni. Ada kerja nak buat' kata Amber. Dia mengambil barangnya lalu berjalan kearah pintu.

Sebelum keluar dia sempat memesan satu lagi pesanan.

'Oh yeah, sebelum aku lupa, aku nak kau jaga dia dengan sepenuh hati kau. Dia pernah terluka sekali. Aku harap itu kali pertama dan kali terakhir aku tengok dia macam tu. Tak susah ambil hati dia. Dia nampak effort kau. Dia akan terima kau' jelas Amber lalu keluar dari bilik tersebut.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya lalu mendekati Tabby yang masih tidur.

::::::::::::::::::

Larrie dan Edry berkumpul di bilik meeting bersama dengan anak buah mereka.

Brie pula seharian berkurung didalam bilik selepas kejadian dia jumpa mayat di dalam kotak itu.

'Nampaknya, Death Rose semakin berleluasa. Diorang dah bunuh seorang ketua kita dan seorang lagi ada dalam tahanan mereka' kata Edry geram.

'Sekarang ni aku nak buat plan baru. Untuk selamatkan Harith dari tahanan diorang' kata Larrie pula.

Mereka berbincang tentang strategi untuk menjatuhkan Death Rose.

::::::::::::::::

Dua jam kemudian, akhirnya pembincangan mereka selesai.

'Aku nak korang buat plan ni betul betul. Kalau tak Death Phantom akan terkubur selamanya. Faham!' arah Edry.

'aku taknak ada satu pun kesilapan yang berlaku' kata Larrie pula.

'Faham, Boss' kata Semua anak buah Death Phantom serentak.

Tiba tiba, Brie muncul didepan pintu meeting dengan muka yang dingin.

'Ada apa apa yang aku terlepas ke?' kata Brie mendatar.

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Where stories live. Discover now