Chapter 29

642 32 1
                                    

Amanda masuk kedalam bilik Amber.

'Kau sakit kepala lagi ke?' tanya Amanda.

'Takdelah sakit macam tadi kau buat apa datang sini? Takde kerja ke?' tanya Amber yang berdiri dibalkoni sambil menghirup udara segar.

'Tadi aku dah sampai office tapi Zian call suruh tengok kau kat mansion. Aku datanglah. Akukan adik yang baik' kata Amanda sambil membuat muka acah ayu.

'Baik sangat' kata Amber sambil menyandar di palang balkoni.

Amanda mendekati Amber.

'Kau pahal tiba tiba sakit kepala kronik ni. Aku rasa last kau jadi macam ni masa kau nak bunuh Aseka dengan geng yakuza tu sebab kacau Rayden. Tup tup hari ni kau sakit balik. Apahal ni perkara yang lalu berulang ke? ' tanya Amanda.

Amber mengangguk.

'Siyes ah. Siapa? ' tanya Amanda.

Amber senyap..

'Ala bagitahula aku. Please. Kaukan kakak yang baik' rayu Amanda.

'Kau tahu tak sebab mulut lepas kau tula mummy dengan daddy tahu pasal aku serang geng yakuza tu. Sampai daddy dengan mummy turun padang' geram Amber dibuatnya.

Amanda tersengeh tidak bersalah.

Masa tu, Amber ceritakan semua benda pada Amanda tapi sebab dia mudah panik apabila disoal dengan mummy dengan daddy mereka yang tegas itu. Dia terus ceritakan pasal Amber plan untuk serang geng Danny Yakuza pada malam tersebut. Tengku Stellya dan Tengku Zyen pun turun padang untuk membantu Amber kerana waktu itu Amber bawah umur baru 17 tahun.

'Ala kali ni tak pecah punya. Aku promise' kata Amanda sambil membuat pinky promise dengan Amber.

Amber pun lambat lambat membuat pinky promised dengan Amanda. Waktu tu kan Amanda baru 14 tahun. Mana tahu kelentong sangat. Tapi sekarang maybe dia dah pandai kelentong. Maybe jelah. Bukan boleh percaya sangat budak ni.

'Kau kenal Death Phantom?' tanya Amber pada Amanda.

'Kenal, manusia yang suka buat onar dengan orang suka hati mak bapak dia tu ea' kata Amanda.

'Hm, dialah orang yang cari pasal dengan aku and Rayden sekarang' jelas Amber.

'So apa plan kau?' tanya Amanda. Kali ni dia tekad untuk menolong kakaknya. Dia kesian tengok Amber terlantar di hospital. Dia dah cukup besar untuk berlawan.

Poison killer ada juga musuh tapi dikalangan gangster gengster dan mafia mafia bawahan jelah. Ibu bapa mereka melarang mereka membuat onar dengan gengster atasan. Lagi lagi mafia atasan kerana tidak setaraf dengan mereka. Lagipun Poison Killer ada budak bawah umur seperti Thea dan Theo.

'Kau sure ke yang mulut kau ni boleh simpan rahsia?' tanya Amber ragu ragu.

'Yes, miss Iris Amber.' kata Amanda mula bosan.

'aku plan malam ni nak serang malaun tu' kata Amber.

'No, you can't' bantah Amanda.

'Pahal pulak?' tanya Amber pelik.

'Kau lupa ke wedding kau Jumaat depan? Esok kau kena pergi tengok baju penganting dengan Ray. Kau lupa ke?' tanya Amanda.

'Oh my god, aku lupa pasal tu. Then what we gonna do now. How about mummy' kata Amber. Dia betul betul lupa pasal wedding dia sebab pergaduhan Iris dan mummy nya belum selesai. Masalah lagi.

'Kau jangan risau eh. Jangan stress lagi. Mummy dah okay dah surut kemarahan dia tu. Maybe kalau dia nampak kau pakai baju pengantin nanti dia  dah sejuk? Pasal enemy, diorang balik nanti kau buatlah meeting dengan diorang. Simple. Selesai masalah' jelas Amanda.

'bijak juga otak kau ni. Kenapalah aku tak terfikir tadi' kata Amber.

'Sebab kepala otak kau tu serabut' kata Amanda. Amber hanya menjeling Amanda dan Amanda hanya menayangkan muka tak bersalah.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Seorang lelaki duduk di sofa di pub yang menempatkan 2 lagi kawannya.

'woi, lama tak nampak? Baru balik honeymoon ke?' tanya Brie iaitu salah satu orang yang duduk di sofa pub itu.

'Cam ne, best tak!' kata Edry yang berada di sebelah Brie. Biasalah girlfriend boyfriend kan.

'Boleh la. Boeklah jugak.  Malaun 2 ekor kat Peru tu macam mana?' tanya Larrie iaitu seorang lelaki yang berumur 28 tahun yang baru kahwin.

'Peru mende. Seorang pergi Thailand tengok kekasih hati seorang lagi kat US clubbing sana sini' kata Brie menyampah.

'habis tu company aku kat sana tu dah settle ke? Korang jangan bankrup company aku tu kang, aku nak duduk mana?' geram dia dibuatnya. Orang suruh lain lain yang dia buat.

'ala kalau takde company tu pun kau boleh hidup apa dengan duit duit haram kau tu' kata Brie lancang.

'Kau ni kalau tak cari pasal dengan aku satu hari tak boleh ke? Serabut ah! Aku tembak kau karang' geram Larrie.

'meh ah, kalau berani' cabar Brie.

'Eii, perempuan ni' kata Larrie sambil mengeluarkan pistol.

'Eh, ni awek aku kalau nak tembak cari orang lain. She's mine' kata Edry cuba meleraikan pergaduhan kecil tersebut.

Larrie duduk semula pistol disimpan semula.

Brie sudah senyum kemenangan.

'Jomlah baby, kita dance. I bosan la' rengek manja Brie.

'Okay, let's go' kata Edry. Mereka pun beriringan ke tengah tengah pub untuk menari seperti orang yang takde akal. Maka tinggallah Larrie bersama beberapa orang pelacur di sofa.

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_

Hari yang memalaskan sudah pun tiba, apa lagi try baju kahwin la. Pagi pagi lagi Ruby kejutkan Rayden untuk bersiap.

Sekarang Rayden berada dihadapan mansion Silent Killer untuk menunggu Amber bersiap.

10 minit dia bersandar di tepi kereta sambil menunggu Amber.

Amber berjalan mendekati Rayden.

'Hi, sorry tau sebab buat awak tunggu lama. Tu lah lain kali nak datang awal bagilah tahu. Kan dah kena tunggu lama' bebel Amber

Tiba tiba Rayden membuat tindakan yang membuatkan Amber terkaku.

Jari telunjuk Rayden diletakkan di bibir mungil Amber.

'Kau boleh diam tak? Dahla lambat nak bebel bebel macam makcik pula. Dah masuk, dahla panas ni' kata Rayden mendatar lalu dia masuk kedalam keretanya

Amber buat muka.

'Eish, tak gentleman langsung. Bukan nak tolong bukakan pintu untuk aku. Macam manalah aku boleh suka kat dia. Aku pun tak tahu' bebel Amber lagi.

Rayden menurunkan tingkap keretanya.

'Kau nak masuk ke tak? Kalau taknak aku blah' perli Rayden.

'Yela, Ish nasib kau lah M dapat bakal suami Mr. Heartless' rungut Amber semasa berjalan ke pintu penumpang.

Sempat lagi kau.

Amber membuka pintu dengan kasar lalu masuk kedalam. Lalu ditariknya pintu tersebut dengan kuat tanda protes.

'Hempas pintu tu sampai tercabut' perli Rayden.

Amber hanya tersenyum tidak bersalah dalam beberapa saat lalu menjeling Rayden. Geram pula dengan orang sebelah ni.

Mereka pun bergerak ke butik yang ditempah untuk membuat baju pengantin mereka.

Done Chapter 29. Dah dekat ye wedding Amber & Rayden. Korang datang tak majlis tu nanti? Alah mesti Amber jemput punya. Korang kan readers kesayangan dia. Oklah yang penting jangan lupa vote tau guys!! Bubyeee

MF 2 | Miss Psycho Mafia Vs Mr Heartless Mafia {Complete} ✔️✔️Where stories live. Discover now